Labels

  • education (11)
  • tips (9)
Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Peralatan Tangan Kerja Kimpalan.

Alat tangan
  • Tukul

Digunakan untuk mengetuk, membentuk meratakan logam dan untuk kerja-kerja am yang lain. Tukul juga digunakan bagi mengetuk bahan kerja yang dikimpal bagi membuang sanga dan percikan arka pada sambungan kimpalan.
  • Playar

Playar digunakan untuk memegang benda kerja terutamanya benda kerja yang panas selepas dikimpal.
  • Berus dawai

berus dawai digunakan untuk membersihkan logam sebelum dan selepas dikimpal. Berus dawai juga boleh digunakan untuk membersihkan kikir.

Alatan menanda
  • Penggarit

Digunakan untuk membuat garisan pada permukaan logam. Hujung yang bengkok digunakan pada bahagian yang sukar dilakukan oleh hujung yang lurus. Penggarit diperbuat daripada keluli bekarbon tinggi.
  • Penebuk pusat

Digunakan untuk menanda permukaan logam sebelum kerja mengerudi atau mananda pusat bulatan. Diperbuat daripada keluli keras danhujungnya mempunyai sudut 600 dan 900.
  • Penebuk titik

Digunakan untuk menanda pada garisan atau lengkok. Hujungnya mempunya sudut 300.

Alat mengukur
  • Pembaris keluli

Digunakan untuk mengukur jarak, menguji keratin benda kerja dan membuat garisan lurus. Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis tahan karat.
  • Pita ukur

Digunakan untuk mengukur benda kerja yang panjang di mana pembaris keluli tidak dapat digunakan.
  • Angkup vernier

Merupakan alat mengukur yang mempunyai ketepatan yang jitu. Digunakan untuk mengukur ketebalan logam, diameter luar, diameter dalam, mengukur jarak dan kedalaman lubang.

Alatan memotong
  • Gergaji besi

Digunakan untuk memotong atau membuang lebihan logam.
  • Kikir

Digunakan untuk memotong, menipis dan melicinkan permukaan logam atau bahan-bahan lain. Diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.
  • Pahat

Digunakan untuk memotong, menorah logam atau membuang kepala rivet, terdapat dua jenis iaitu pahat sejuk dan pahat panas.

Alatan menguji
  • Sesiku L

Digunakan untuk menguji sudut 90o, menanda garisan dan menguji kerataan permukaan logam.
  • Sesiku bergabung

Digunakan untuk menanda, menguji sudut 45o dan 90o, mengukur kedalaman lubang dan membantu membuat garisan selari pada logam.

Mesin
  • Mesin canai

Digunakan untuk memotong atau mengurangkan ketebalan logam dengan melalukan proses pencanaian.
  • Mesin gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang. Proses mengerudi dapat dilakukan dengan lebih cepat dan menghasilkan lubang yang kemas.
  • Mesin pemotong piring

Digunakan untuk memotong logam dan paip nipis.



Monday, November 22, 2010

stress!!!


Stress!!!
Apabila seseorang itu mengalami tekanan......
Tekanan adalah disebabkan beberapa faktor luaran dan dalaman antaranya psikologi dan fizikal seseorang.....
Tekanan mengakibatkan seseorang itu berasa takut, gelisah ataupun terancam.......
Tekanan adalah ekoran daripada menerima sesuatu yang diluar kemampuan dan kebiasaan individu tersebut......

Hindari stress.....


Sesuaikan diri dengan situasi
-luahkan perasaan dengan cara yang baik
-perlu bersikap kompromi
-bersikap tegas
-Pengurusan masa yang baik


Terima kenyataan
-Kongsi perasaan dengan org lain
-belajar memaafkan kesalahan orang lain
-jangan menyimpan perkara yang boleh merunsingkan diri


rekreasi@bergembira
-dengar muzik
-Luangkan masa bersama-sama kawan@keluarga
-lupakan masalah yang membelenggu


Amalkan hidup yang sihat
-banyakkan senaman
-jaga pemakanan
-elakkan makanan berkafein, gula dan lemak
-elakkan rokok, alkohol
-tidur yang cukup


Berpegang erat pada ajaran dan syaraat Islam
-yakin dengan ketentuan Allah
-memelihara solat
-berzikir, bertasbih dan bertahmid
-tabah dengan ujian yang diberikan
-berdoa, memohon keampunan dan bertawakal

Monday, November 15, 2010

Sistem Pemeliharaan Kambing Pedaging

Di malaysia beberapa sistem pemeliharaan kambing yang dipraktikkan adalah:

  • sistem berkurung (intensif)
  • sistem separa berkurung (semi-insentif)
  • sistem ragut lepas

1.Sistem berkurung
kambing yang diternak menggunakan sistem ini tidak dibebaskan unutk meragut. oleh itu ianya memerlukan perumahan/kandang yang baik dan sempurna. kambing-kambing ini akan diberikan minum dan makan oleh penternak. garam jilat juga disediakan dalam kandang ini. sistem ini tidak memerlukan penternak untuk memiliki kawasan ragut. sistem ini memerlukan pencucian kandang yang kerap agar kandang sentiasa kering dan bersih. ini juga bagi mengelakkan penyakit dan mengurangkan bau. kebaikan sistem ini kambing-kambing amat mudah untuk diawasi bagi tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

2.Sistem separa berkurung.
Sistem pemeliharaan ini memerlukan kambing-kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung pada malam harinya. Sistem ini memberikan kebaikan kepada kambing-kambing untuk meragut rumput pada siang dan memberikan pelinduungan kepada kambing malamnya. kambing-kambing ini juga bebas meragut rumput dan memberi kesempatan kepada kambing-kambing untuk mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Kambing-kambing juga akan kurang tekanan berbanding hanya diternak didalam kandang.

3. Sistem ragut bebas
sistem ini memerlukan penternak memiliki kawasan ragut yang luas. kambing-kambing ini akan dibiarkan bebas samaada siang ataupun malam dan tidak disimpan didalam kandang. sistem ini kurang efisien kerana ternakan berkemungkinan akan terlepas dan menggangu tanaman jiran. kambing-kambing juga mungkin terdedah kepada bahaya seperti haiwan buas dan dilanggar kenderaan. sistem ini tidak memerlukan kos yang tinggi. sistem ini amat rumit kerana ternakan hendaklah diawasi setiap masa.

Saturday, November 13, 2010

Baka Lembu Pedaging


Baka lembu pedaging yang dipelihara di negara ini adalah:
1.Baka kedah-kelantan
  • Baka ini adalah baka lembu tempatan.
  • Lembu ini mempunyai warna yang coklat kekuningan dan kehitaman.
  • Baka ini sesuai dengan persekitaran dan iklim negara ini.
  • Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit, cuaca dan pemakanan tempatan.
2.Brahman
  • Asal daripada india, faktor cuaca dan iklim yang lebih kurang sama dengan negara ini.
  • Warna baka ini adalah putih, kelabu dan juga merah.
  • Terdapat bonggol pada tengkuk dan mempunyai telinga yang panjang
  • Baka ini mudah mengadaptasi persekitaran.
3.Hereford @ hereford x kk
  • Terdiri daripada hereford tulen dan kacukan dengan baka tempatan.
  • Baka ini jinak dan mudah diternak.
  • Kadar pembesaran adalah cepat.
  • Mempunyai mutu daging yang berkualiti tinggi.
  • Mempunyai tanduk yang pendek, tebal dan agak berpintal.
  • Kadar kelahiran yang tinggi.
4.Kacukan Komersial Dari Australia ( Australian Commercial Crosses)
  • Asal adalah Australia.
  • Baka ini adalah hasil daripada kacukan pelbagai jenis lembu pedaging.
  • Baka yang digunakan adalah Brahman, Shorthorn dan Hereford.
  • Lembu jantan mudah didapati. 
5.Droughtmaster
  • Berasal daripada utara australia.
  • Kacukan daripada brahman dengan shorthorn.
  • Sesuai dengan iklim negara tropika.
  • Baka ini bewarna merah gelap ataupun coklat.
6.Local Indian Dairy (L.l.D.)

  • Kacukan baka Kangayan, Hallikar dan Ongole daripada India.
  • Juga dianggap baka tempatan kerana campuran dengan darah lembu KK.
  • Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging.
  • Bewarna putih kehitaman, dan kuning kecokelatan gelap.
  • Tahan daripada jangkitan penyakit.


Thursday, November 11, 2010

Berkebun


Penjagaan anak benih
Dalam penanaman tanaman sayur-sayuran beberapa aktiviti kerja yang perlu dipraktikkan:


1.Sungkupan:
Digunakan untuk menutup biji benih setelah selesai ditanam. sungkupan boleh menggunakan sisa-sisa tumbuhan dan plastik.

Kepentingan sungkupan:

  • Memastikan tanah sentiasa lembab dan sejuk. Mengelakkan tanah daripada kering ekoran daripada panas terik.
  • Mengawal pertumbuhan rumpai kerana benih rumpai tidak akan tumbuh tanpa cahaya matahari yang mencukupi.
  • Mengelakkan batas daripada terhakis dan melindungi akibat daripada hujan.
  • Mengurangkan kadar kehilangan air dalam tanam menerusi proses evaporasi.
2.Penjarangan:

Memilih anak benih yang sihat dan baik sahaja, membuang anak benih yang rosak dan berpenyakit. Memindahkan anak benih mengikut jarak penanaman yang betul.

Kepentingan penjarangan:

  • Mengurangkan persaingan antara tanaman. Sekiranya dibiarkan dalam keadaan rapat akan menyebabkan berlakunya persaingan daripada segi penerimaan cahaya, air, bahan mineral dan ruang. Juga akan memudahkan penyebaran penyakit sekiranya dibiar rapat.
  • Dapat memilih anak benih yang rosak dan berpenyakit.
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan tanaman dan meningkatkan pengeluaran hasil.
3.Merumput:

Merumput adalah aktiviti membuang tumbuhan yang tidak dikehendaki di sekitar tanaman. Merumput hendaklah kerap dilakukan samaada menggunakan tangan ataupun menggunakan cangkul.

Kepentingan merumput:

  • Mengelakkan rumpai daripada bersaing dengan tanaman sayuran dari segi cahaya, air, bahan mineral dan juga ruang.
  • Menghapuskan tempat pembiakan serangga perosak dang mengelakkan penyakit.
  • Tanaman dapat menerima makanan secukupnya tanpa saingan dan meningkatkan hasil pertanian.
4.Menyiram:

Menyiram merupakan aktiviti membekalkan air kepada tanaman menerusi membasahkan tanaman dan tanah. Penyiraman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan petang mengikut keadaan cuaca dan kelembapan tanah.

Kepentingan menyiram:

  • Memastikan tanaman dalam keadaan segar dan mengelakkan tanaman daripada mati.
  • Memastikan sturktur tanah sentiasa lembap, memudahkan pertumbuhan tanaman.
5.Pembajaan:

Membekalkan nutrient tambahan kepada tanaman. Tanaman memerlukan unsur-unsur pemakanan untuk pertumbuhan yang sempurna. Unsur-unsur ini terbahagi kepada dua iaitu:

i. Unsur-unsur pemakanan makro :

Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Fosforus (p), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S).


ii. Unsur-unsur pemakanan mikro :

Kuprum ( Cu), Besi (Fe), Mangan (Mn), Molibenum (Mo), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorida (Cl), Kobalt (Co).

Baja terbahagi kepada tiga jenis:

  • Baja organik
  • Baja kimia
  • Baja campuran


Tuesday, November 2, 2010

Baka KambIng Pedaging

Kambing katjang
  • Asal malaysia dan indonesia.
  • Tujuan utama adalah pengeluaran daging
  • Badan yang kecil dan pendek, tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi.
  • Jantan mempunyai janggut, betina jarang mempunyai janggut. Muka kelihatan tirus dan lurus
  • Leher pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 50-60cm.
  • Mempunyai bulu yang kasar dan juga kulit yang nipis
Jamnapari
  • Asal adalah india.
  • Bewarna putih dan bertompok perang kehitaman.
  • Digunakan untuk penghasilan daging dan susu.
  • Mukanya cembung dan mempunyai telinga yang panjang melampai kebawah
  • Mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher.
Anglo nubian
  • Asal dari England.
  • Hasil daripada kacukan baka British dan baka Afrika-India.
  • tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
  • Digunakan sebagai pengeluaran daging.
  • Juga digunakan sebagai pengeluaran susu.
  • Berbadan besar dan telinga yang panjang melampai ke bawah.
  • Mempunyai kaki yang panjang.
  • Tidak mempunyai tanduk dan mempunyai bulu yang pendek.
  • Bulu merah keperangan, coklat putih, warna gelap.
  • Pengeluaran susu adalah amat menggalakkan
Kambing saanen
  • asal dari Lembah Saanen di Switzerland.
  • Bulupendek berwarna putih
  • Bewarna krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
  • Muka berbentuk segitiga, hidungnya lurus.
  • Telinga sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan
  • Ekor pendek
  • Mempunyai tanduk
  • Terdapat kekacang pada lehernya
Kambing boer
  • asal dari Afrika Selatan.
  • Tujuan adalah daging.
  • Bertanduk dengan telinga yang bergelung.
  • Bewarna putih dan kepala bewarna merah keperangan
Kambing Toggenburg
  • Daripada jenis baka tenusu,
  • asal dari Switzerland.
  • warna bulu berbeza-beza daripada putih kepada perang tua.
  • tidak bertanduk tetapi mempunyai rumbai.
  • Tidak sesuai diternak di Malaysia.

Ayam Pedaging

Ternakan ayam menggunakan reban jenis tertutup


  • Reban ditutup sepanjang masa
  • Bidai dibuka bila perlu
  • Suhu persekitaran dalam reban terkawal
  • Udara masuk dan keluar dikawal oleh kipas
  • Dua kawalan-”evaporative cooling system” dan “tunnel ventilation”




















Kebaikan
  • Penggudaraan dalam reban adalah terkawal.
  • Suhu dalam reban adalah terkawal mengikut kesesuaian.
  • perubahan suhu minimum dan maksimum dlm reban lebih kurang 4°C (24-28°C) berbanding sehingga 10°C( 25>35°C) bagi reban terbuka
  • Ayam kurang mengalami tekanan kerana gangguan dari faktor luar minimum
  • Kawalan penyakit dalam dilakukan
  • Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka.
  • Bau hasil daripada najis dapat dikurangkan
  • Kos pengeluaran adalah lebih rendah
  • Pengambilan makanan dan penukaran kpd daging yang optimum
  • Peluang pasaran dan eksport lebih baik kerana kawalan penyakit dn kualiti terjamin

Friday, October 29, 2010

Efektif Mikroorganism, EM


Efektif mikrorganism adalah teknologi yang mula-mulanya digunakan di jepun yng telah dirintis oleh prof dr. Teruo higa. EM ini terdiri daripada mikrob berfaedah/ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts dan Phototrophic Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan. EM digunakan dalam pelbagai senario di malaysia. EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan alam sekitar. Selain mempercepatkan penguraian ataupun pereputan sisa buangan organik dan menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM berupaya merencatkan dan menghapuskan pembiakan bakteria parasit.
Antara aplikasi EM dalam penternakan adalah digunakan didalam air minuman. Air Campuran EM dengan kepekatan 0.5% hingga 1% dimasukkan ke dalam air minum ternakan dan diberikan setiap hari. Elakkan penggunaan antibiotik dalam minuman bagi memastikan EM tidak mati. Bekas air munuman hendaklah dibersihkan pada setiap hari. Bagi makanan pula, EM disemburkan pada makanan ataupunm dedak yang hendak diberikan kepada ternakan. EM yang disembur akan meresap kedalam makanan ternakan dan masuk kedalam saluran pencernaan ternakan bersama-sama dengan makanan.
Penggunaan EM dalam pembersihan kandang juga dipraktikkan dalam pengurusan ternakan. Em disemburkan kepada kandang, kotoran termasuk haiwan ternakan bagi menghindari bau busuk. Ini kerana pathogen yang yang terdapat pada badan ternakan akan terhapus.
EM digunakan dalam pembuatan silaj. Silaj diberikan kepada lembu dan kambing pada musim kemarau dan berlaku bencana alam yang menjadikan penternak sukar mendapatkan rumput segar. EM digunakan sebagai probiotik dalam pembuatan silaj, rumput kering, jerami dan lain-lain sebagai makanan ternakan. Rumput-rumput ataupun dikenali sebagai foder yang dijadikan silaj akan dipotong kecil-kecil dan diletakkan didalam bekas yang dipanggil silo. Tong silo ini terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara. Pastikan foder yang telah dimasukkan didalam tong silo padat bagi memastikan silaj dihasilkan dengan baik. Pemadatan boleh dilakukan dengan memijak ataupun menggunakan mesin pemampat rumput. Seterusnya foder ditabur dengan dedak halus dan diletakkan dengan EM. Pembuatan silaj dilakukan secara berlapis lapis, dengan cara seperti diatas. Adunan ini kemudian ditutup rapat agar mendapat keadaan yang anaerob, setelah lima hari adunan sudah berbau masam dan siap diberikan pada ternak.
Antara kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan EM pada ternakan kambing ataupun lembu adalah penghadaman ternakan yang baik. Ini disebabkan bakteria yang baik bertambah dan menyebabkan seleran makan ternakan meningkat dan mempercepatkan proses penghadaman makanan. Seterusnya adalah dalam menghasilkan ternakan yang bebulu cantik dan berkilat. EM membantu proses pemakanan yang lebih elok dan bersih. Berat badan ternakan akan bertambah melalui kehadiran bakteria dan akan mempercepatkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan menyebabkan pertambahan berat badan meningkat dari kadar biasa. Penggunaan EM dapat mengurangkan bau ternakan dan kandang ternakan. Bakteria tidak dapat membiak dan mengelakkan penghasilan bau yang kurang menyenangkan. Disamping itu EM turut mengurangkan kadar bau tinja ternakan, ini disebabkan kadar lalat yang menhurung tinja berkurangan dan ini menampakkan suasana yang bersih. EM juga berperanan dalam penguraian bahan-bahan buangan ternakan dan dijadikan sebagai baja organik.
Rujukan:
Adamagro, 2009. Penggunaan em.
(http://jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com/2009/12/penggunaan-em-1.html). Akses: 27 oktober 2010.
Nature agro trd, 2007. Konsep Efektif mikroorganisma(EM) dalam pertanian dan kepentingan Kompos. (http://bakteriabaik.blogspot.com/2008/01/konsep-efektif-mikroorganisma-dalam.html). Akses: 26 oktober 2010


Tuesday, October 19, 2010

Program pengurusan haiwan kesayangan


Pengurusan burung serindit
Sebelum anda mula memelihara haiwan peliharaan beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu adakah anda bersedia untuk hidup bersama haiwa kesayangan dengan setiap masalah dan keseronokkan yang bakal berlaku nanti. Pastikan juga ahli keluarga yang lain turut menerima pendapat anda untuk memelihara haiwan kesayangan dan adakah anda sudi menyediakan perbelanjaan kepada haiwan kesayangan anda. Seterusnya anda juga memastikan tujuan sebenar anda memelihara haiwan kesayangan.
Dalam pemilihan haiwan kesayangan beberapa perkara perlulah dititikberatkan iaitu haiwan peliharaan perlulah memiliki nilai-nilai komersial serta pemilik memiliki minat yang mendalam terhadap haiwan peliharaan yang dipilih. Kos pembelian dan kos penjagaan sehaursnya setimpal dan berpatutan dan penjagaan yang mudah. Penjaga juga menitik beratkan masa iaitu masa untuk menguruskan haiwan tersebut. Pastikan juga haiwan yang dipeliharaan adalah mudah untuk dijaga oleh orang lain semasa ketiadaan penjaga dirumah.
Dalam pengurusan burung serindik ini perkara pertama yang dititikberatkan adalah tempat tinggal burung ataupun sangkar burung. Sangkar burung seharusnya mempunyai ruang yang cukup besar untuk pergerakkan burung. Beberapa contoh pergerakkan burung di dalam sangkar adalah merengangkan kepak mereka dan terbang pada jarak yang dekat. Pemilihan sangkar yang bersesuain contohnya sangkar yang bersegi empat tepat yang panjang adalah lebik elok berbanding sangkar yang tinggi. Sangkar biasanya boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sangkar juga dibuat daripada pelbagai jenis medium contohnya kayu, rotan. plastik, dawai dan jaring. Sangkar juga boleh dibeli siap dikedai ataupun menggunakan kemahiran sendiri membuat sangkar. Sangkar biasanya disediakan tempat hinggapan yang dibuat daripada kayu atau dahan yang bersesuaian panjangnya. Sangkar juga disediakan tempat-tempat makanan dan air burung.
Sangkar hendaklah dibersihkan pada setiap hari sebaik-baiknya pada masa yang tertentu. Alaskan sangkar dengan medium contohnya surat khabar bagi memudahkan pencucian tahi burung mudah dilakukan. Pembasmian kuman seeloknya dilakukan setiap minggu. Penyediaan makanan burung hendaklah tetap pada setiap hari dan selari. Sebaik-baiknya, berikan burung makanan seidikit pada waktu pagi dan sedikit lagi pada malam harinya. Dengan cara ini burung akan menjadi lapar dan akan menghabiskan banyak makanan yang diberikan dan ini tidak akan menjadikan burung menjadi cerewet. Kaedah pemberian pada waktu pagi dan malam adalah sama seperti keadaan di dalam hutan dan burung akan menjadi lebih sihat. Salah satu daripada cara untuk menjadikan burung jinak adalah dengan memberikan pemakanan yang teratur.
Penjagaan pemakanan burung seharusnya dijaga dengan teliti. Ini kerana burung mudah terkena jangkitan penyakit yang boleh membawa kepada kematian burung. Punca utama burung mudah dijangkiti penyakit adalah faktor makanan yang tidak terurus dan kotor. Juga diakibatkan oleh makanan yang kurang kandungan zat makanan yang diperlukan oleh badan burung. Pemakanan yang seimbang iaitu yang terdiri daripada berbagai makanan harus diberikan. Dapatkan hasil-hasil makanan yang bermutu sahaja dan sumber yang boleh dipercayai untuk burung kesayangan anda. Pastikan juga biji-bijian dan makanan adalah segar dan tidak berkulat. Buah, sayur dan tumbuhan hijau juga penting untuk badan burung.
Sediakan juga piring leper berisi air bersih untuk burung ini mandi. Daripada ini kita dapatkan perhatikan samaada burung kesayangan kita berada dalam keadaan yang sihat atau sebaliknya. Ini keran rutin harian adalah cara yang terbaik untuk mengetahui samaada burung kesayangan anda sakit kerana burung yang sakit akan berhenti mandi. Selain daripada pemakanan yang tidak sempurna, satu lagi punca penyakit kepada burung adalah tekanan. Burung mudah mengalami tekanan sekiranya terdapat burung yang berlainan jenis dan kehadiran manusia lain. Oleh itu pertukaran suasana dalam sangkar hendaklah dilakukan dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan burung daripada tertekan. Satu lagi langkah bagi mengelakkan burng menjadi tertekan adalah meletakkan burung dalam berpasangan di dalam sangkar. Sekiranya anda membeli dan hendak menambah bilangan bilangan burung kesayangan anda, kuarantinkan burung tersebut sekurang-kurangnya dua minggu bagi memastikan ianya bebas daripada sebarang penyakit.


MODEL PENILAIAN DALAM PTV


Model merupakan gambaran konseptual yang digunakan untuk menjelaskan hubungan diantara aktiviti dengan elemen-elemen lain yang berkaitan (Razali, 1987). Boleh disimpulkan terdapat pelbagai model yang boleh digunakan sebagai panduan dalam penilaian sesuatu program ataupun kurikulum seperti model Johnson dan model CIPP.
Proses untuk menentukan model yang digunakan dalam membuat penilaian adalah satu proses yang rumit, model penilaian yang baik adalah model yang bersesuaian dengan kehendak penilai, matlamat dan tujuan penilaian itu dijalankan. Pada hakikatnya tidak terdapat satu model penilaian yang dapat menilai masalah dengan tepat. Model yang dipilih biasanya disesuaikan dengan tujuan penilaian dan berkait rapat dengan soalan, organisasi dan fokus kajian.
Dalam penilaian kurikulum ptv salah satu model penilaian yang agak popular dan sering digunakan adalah model CIPP yang telah diperkenalkan oleh Stufflebeam et al (1971). CIPP merupakan singkatan kata bagi Context, Input, Prosess, dan Product. Menurut Stufflebeam, untuk menilai dan membuat keputusan yang berkesan, perancang kurikulum hendaklah mengambil kira tentang konteks, input, proses dan produk.
Stufflebeam & Shinkfield (1985) telah memperkemaskan dan memperbaiki takrifan penilaian yang lebih formal iaitu proses menggambarkan, memperolehi dan mengaplikasi maklumat deskriptif dan penghakiman, berkaitan merit sesetengah objek seperti yang diperlihatkan oleh tujuan, reka bentuk, implementasi dan keputusan untuk tujuan membuat keputusan dan akauntabiliti dan menggalakkan pemahaman terhadap fenomena terlibat. Takrifan ini menjelaskan model ini mentakrifkan penilaian kepada tiga tujuan iaitu sebagai panduan untuk membuat keputusan, memberikan rekod dan akauntabiliti, mempertingkatkan pemahaman kepada fenomena terlibat.
Berdasarkan Stufflebeam dan Shinkfield (1985), penilaian tidak boleh digambarkan sebagai satu acara tetapi sebagai satu proses dan menjelaskan bahawa proses itu melibatkan tiga langkah utama iaitu, untuk menggambarkan, memperolehi dan menyediakan maklumat. Konsep penilaian yang dikemukakan ialah bahawa penilaian seharusnya menjadi 'sains pengumpulam maklumat untuk membuat keputusan'. Mengikut pendekatan ini, penilaian terhadap sesuatu program pendidikan berkaitan dengan menilai merit matlamat, kualiti perancangannya, setakat mana perancangan itu dilaksanakan dan menilai hasilnya. Pendekatan ini jelas memberi penekanan bahawa penilaian sepatutnya digunakan secara proaktif untuk penambahbaikan sesuatu program dan juga secara retroaktif iaitu bertujuan menyumbang kepada akauntabiliti (Stufflebeam et.al.1971). Stufflebeam et.al. (1971) menyatakan bahawa terdapat empat aspek penilaian yang terdiri daripada penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk.
Model CIPP yang digunakan dalam penilaian kurikulum oleh finch dan Bjorkquist (1977)

Penilaian menerusi dimensi konteks.
Penilaian konteks adalah tertumpu kepada persekitaran iaitu berdasarkan perubahan yang berlaku dan masalah yang akan dihadapi. Penilaian ini menjadi sumber maklumat kepada penilaian input, proses dan produk. Funsinya adalah sama ada untuk meneruskan ataupun membaiki sesuatu program atau kurikulum. Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan keseimbangan persekitaran dalam membantu menentukan fokus, pencapaian matlamat dan objektif program.
Penilaian menerusi dimensi input
Penilaian input tertumpu kepada penentuan sumber dan strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat dan objektif. Penilaian ini digunakan bagi menilai sesuatu program yang sudah ada ataupun mewujudkan program yang baru. Untuk penilaian program yang baru penilaian input membangkitkan soalan seperti apakah jenis sumber yang diperlukan?. Penilaian kontek dan input dapat membantu dalam menilai kewajaran sesuatu sumber sama ada realistik ataupun tidak dalam bentuk kontek, keobjektifan dan tugas. Penilaian dibuat berdasarkan kamampuan input dapat memenuhi objektif program berdasarkan kerangka kerja sesuatu program itu. Berdasarkan ini penilaian input dan konteks sangat berguna untuk petunjuk bagi membaiki sesuatu program. Ini akan melibatkan pertukaran input untuk mencapai objektif dan matlamat atau menukarkan objektif apabila input tidak mencukupi. pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual waktu, peruntukan kewangan, latihan dan sokongan pengetua.
Penilaian menerusi dimensi proses
Penilaian proses digunakan untuk menilai operasi sesuatu program, proses dan prosedur program tersebut. Kegagalan untuk menilai penilaian proses akan menyebabkan ketidaktepatan untuk membuat kesimpulan terhadap sesuatu program yang dilaksanakan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program.
Penilaian menerusi dimensi produk
Penilaian ini memfokuskan kepada kewajaran objektif program yang dapat dipenuhi, penilaian ini lebih tertumpu kepada hasil program setelah ianya tamat dilaksanakan. Ianya juga akan mendedahkan kekuatan dan kelemahan variabel-variabel yang terkandung dalam dimensi konteks, input dan proses.

 
RUJUKAN:
KPP 301 00 PERANCANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIOANAL, 2002. UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

 

Thursday, September 30, 2010

Berkebun

sebagai salah satu daripada projek tanaman bagi kursus perkebunan dan hultikulture, kami yang terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan telah diberi tugasan untuk menanam sayur-sayuran. kami diberi dua batas setiap kumpulan yang mana setiap batas dikehendaki ditanam sayur jenis daun dan sayur buah. bagi sayur daun kami telah menanam sayur bayam hijau ataupun nama saintifiknya Amaranthus sp. sayur bayam ini mengandungi protien, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, natrium, kalium, beta karoten, vitamin B1 & B2, vitamin C, niacin, fiber, air yang baik untuk tubuh badan. bagi sayur buah pula kami menanam sayur kacang panjang (Vigna sinensis).


berkabun sememangnya menyeronokkan walaupun keletihan nak membuat batas. tetapi bila melihat hasilnya adalah amat menyeronokkan. pengalaman dan kemahiran sepanjang berkebun ini akan digunakan sebaiknya pada masa akan mendatang. 




 sebelum benih disemai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengembur tanah. ada beberapa kebaikan apabila kita mengembur tanah seperti membaiki pengudaraan tanah, menghapuskan perumah perosak tanah dan banyak lagi....



langkah ini adalah membuat lubang semaian bagi biji benih kacang panjang.



gunakan tali sebagai panduan bagi mendapatkan kelurusan tanaman seterusnya batas akan nampak lebih kemas dan teratur...disamping senang juga dibersihkan dan diletak baja. 



tapak yang sudah sedia untuk disemai dengan biji benih.





anak benih kacang panjang yang baru tumbuh...






seterusnya adalah mendapatkan buluh yang digunakan sebagai pautan bagi kacang...





panjang buluh yang digunakan adalah dalam anggaran 4-5 meter...




buluh yang dipajak digunakan sebagai tiang sokongan kepada kacang panjang.



tali rumbia digunakan sebagai sokongan ataupun pautan untuk kacang panjang. kacang panjang merupakan sejenis tumbuhan yang memanjat...



sokongan pautan kacang panjang yang sudah siap....




gambaran keseluruhan bagi kebun kami...


kacang panjang yang sudah dewasa dan menunggu untuk menghasilakan buah. kacang panjang yang kami tanam ini adalah jenis renek, maka ianya tidak akan memanjat seperti kacang panjang yang biasa.




pembajaan dan pengawalan rumpai juga harus dilakukan dengan kerap bagi mendapatlkkan tanaman yang subur dan segar.



sayur bayam hijau kami yang telah cukup matang untuk dituai.



tuaian sebaik-baiknya dilakukan seawal pagi dan lewat petang bagi memastikan sayur segar selepas dituai. bagi sayur bayam cara tuaian adalah dengan mencabut bersama sekali dengan akar. tujuan akar dibiarkan adalah memastikan sayur sentiasa segar hingga ke pengguna yang terakhir.



berhati-hati krtika mencabut sayur bayam kerana sayur ini adalah amat lembut dan mudah untuk putus.



jangan lupa ambil gambar kenang-kenagan sekali dengan sayur anda!!!


hasil tanaman bayam selepas dituai. agak banyak juga hasil yang kami dapat...


sayur bayam ini juga hendaklah dibersihkan dulu akarnya daripada tanah sebelum dipasarkan.



selepas siapa dibersihkan, langkah terakhir adalah pembungkusan. pembungkusan dilakukan samaada mengikut tibangan ataupun anggaran harga bagi sayur.


bagi tanaman seterusnya adalah kami menanam sayur kailan dan sayur kacang panjang kami sedang dalam menghasilkan buah....jangan lupa bagi mengikuti edisi seterusnya tentang penanaman sayur kailan dan melihat hasil tanaman kacang panjang kami......




syoknya berkebun!!!!