Efektif mikrorganism adalah teknologi yang mula-mulanya digunakan di jepun yng telah dirintis oleh prof dr. Teruo higa. EM ini terdiri daripada mikrob berfaedah/ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts dan Phototrophic Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan. EM digunakan dalam pelbagai senario di malaysia. EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan alam sekitar. Selain mempercepatkan penguraian ataupun pereputan sisa buangan organik dan menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM berupaya merencatkan dan menghapuskan pembiakan bakteria parasit.
Antara aplikasi EM dalam penternakan adalah digunakan didalam air minuman. Air Campuran EM dengan kepekatan 0.5% hingga 1% dimasukkan ke dalam air minum ternakan dan diberikan setiap hari. Elakkan penggunaan antibiotik dalam minuman bagi memastikan EM tidak mati. Bekas air munuman hendaklah dibersihkan pada setiap hari. Bagi makanan pula, EM disemburkan pada makanan ataupunm dedak yang hendak diberikan kepada ternakan. EM yang disembur akan meresap kedalam makanan ternakan dan masuk kedalam saluran pencernaan ternakan bersama-sama dengan makanan.
Penggunaan EM dalam pembersihan kandang juga dipraktikkan dalam pengurusan ternakan. Em disemburkan kepada kandang, kotoran termasuk haiwan ternakan bagi menghindari bau busuk. Ini kerana pathogen yang yang terdapat pada badan ternakan akan terhapus.
EM digunakan dalam pembuatan silaj. Silaj diberikan kepada lembu dan kambing pada musim kemarau dan berlaku bencana alam yang menjadikan penternak sukar mendapatkan rumput segar. EM digunakan sebagai probiotik dalam pembuatan silaj, rumput kering, jerami dan lain-lain sebagai makanan ternakan. Rumput-rumput ataupun dikenali sebagai foder yang dijadikan silaj akan dipotong kecil-kecil dan diletakkan didalam bekas yang dipanggil silo. Tong silo ini terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara. Pastikan foder yang telah dimasukkan didalam tong silo padat bagi memastikan silaj dihasilkan dengan baik. Pemadatan boleh dilakukan dengan memijak ataupun menggunakan mesin pemampat rumput. Seterusnya foder ditabur dengan dedak halus dan diletakkan dengan EM. Pembuatan silaj dilakukan secara berlapis lapis, dengan cara seperti diatas. Adunan ini kemudian ditutup rapat agar mendapat keadaan yang anaerob, setelah lima hari adunan sudah berbau masam dan siap diberikan pada ternak.
Antara kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan EM pada ternakan kambing ataupun lembu adalah penghadaman ternakan yang baik. Ini disebabkan bakteria yang baik bertambah dan menyebabkan seleran makan ternakan meningkat dan mempercepatkan proses penghadaman makanan. Seterusnya adalah dalam menghasilkan ternakan yang bebulu cantik dan berkilat. EM membantu proses pemakanan yang lebih elok dan bersih. Berat badan ternakan akan bertambah melalui kehadiran bakteria dan akan mempercepatkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan menyebabkan pertambahan berat badan meningkat dari kadar biasa. Penggunaan EM dapat mengurangkan bau ternakan dan kandang ternakan. Bakteria tidak dapat membiak dan mengelakkan penghasilan bau yang kurang menyenangkan. Disamping itu EM turut mengurangkan kadar bau tinja ternakan, ini disebabkan kadar lalat yang menhurung tinja berkurangan dan ini menampakkan suasana yang bersih. EM juga berperanan dalam penguraian bahan-bahan buangan ternakan dan dijadikan sebagai baja organik.
Rujukan:
Adamagro, 2009. Penggunaan em.
(http://jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com/2009/12/penggunaan-em-1.html). Akses: 27 oktober 2010.
Nature agro trd, 2007. Konsep Efektif mikroorganisma(EM) dalam pertanian dan kepentingan Kompos. (http://bakteriabaik.blogspot.com/2008/01/konsep-efektif-mikroorganisma-dalam.html). Akses: 26 oktober 2010
0 comments:
Post a Comment