Penjagaan anak benih
Dalam penanaman tanaman sayur-sayuran beberapa aktiviti kerja yang perlu dipraktikkan:
1.Sungkupan:
Digunakan untuk menutup biji benih setelah selesai ditanam. sungkupan boleh menggunakan sisa-sisa tumbuhan dan plastik.
Kepentingan sungkupan:
- Memastikan tanah sentiasa lembab dan sejuk. Mengelakkan tanah daripada kering ekoran daripada panas terik.
- Mengawal pertumbuhan rumpai kerana benih rumpai tidak akan tumbuh tanpa cahaya matahari yang mencukupi.
- Mengelakkan batas daripada terhakis dan melindungi akibat daripada hujan.
- Mengurangkan kadar kehilangan air dalam tanam menerusi proses evaporasi.
Memilih anak benih yang sihat dan baik sahaja, membuang anak benih yang rosak dan berpenyakit. Memindahkan anak benih mengikut jarak penanaman yang betul.
Kepentingan penjarangan:
- Mengurangkan persaingan antara tanaman. Sekiranya dibiarkan dalam keadaan rapat akan menyebabkan berlakunya persaingan daripada segi penerimaan cahaya, air, bahan mineral dan ruang. Juga akan memudahkan penyebaran penyakit sekiranya dibiar rapat.
- Dapat memilih anak benih yang rosak dan berpenyakit.
- Meningkatkan kadar pertumbuhan tanaman dan meningkatkan pengeluaran hasil.
Merumput adalah aktiviti membuang tumbuhan yang tidak dikehendaki di sekitar tanaman. Merumput hendaklah kerap dilakukan samaada menggunakan tangan ataupun menggunakan cangkul.
Kepentingan merumput:
- Mengelakkan rumpai daripada bersaing dengan tanaman sayuran dari segi cahaya, air, bahan mineral dan juga ruang.
- Menghapuskan tempat pembiakan serangga perosak dang mengelakkan penyakit.
- Tanaman dapat menerima makanan secukupnya tanpa saingan dan meningkatkan hasil pertanian.
Menyiram merupakan aktiviti membekalkan air kepada tanaman menerusi membasahkan tanaman dan tanah. Penyiraman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan petang mengikut keadaan cuaca dan kelembapan tanah.
Kepentingan menyiram:
- Memastikan tanaman dalam keadaan segar dan mengelakkan tanaman daripada mati.
- Memastikan sturktur tanah sentiasa lembap, memudahkan pertumbuhan tanaman.
Membekalkan nutrient tambahan kepada tanaman. Tanaman memerlukan unsur-unsur pemakanan untuk pertumbuhan yang sempurna. Unsur-unsur ini terbahagi kepada dua iaitu:
i. Unsur-unsur pemakanan makro :
Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Fosforus (p), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S).
ii. Unsur-unsur pemakanan mikro :
Kuprum ( Cu), Besi (Fe), Mangan (Mn), Molibenum (Mo), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorida (Cl), Kobalt (Co).
Baja terbahagi kepada tiga jenis:
- Baja organik
- Baja kimia
- Baja campuran
0 comments:
Post a Comment