skip to main |
skip to sidebar
Penjagaan anak benihDalam penanaman tanaman sayur-sayuran beberapa aktiviti kerja yang perlu dipraktikkan:
1.Sungkupan:Digunakan untuk menutup biji benih setelah selesai ditanam. sungkupan boleh menggunakan sisa-sisa tumbuhan dan plastik.
Kepentingan sungkupan:
- Memastikan tanah sentiasa lembab dan sejuk. Mengelakkan tanah daripada kering ekoran daripada panas terik.
- Mengawal pertumbuhan rumpai kerana benih rumpai tidak akan tumbuh tanpa cahaya matahari yang mencukupi.
- Mengelakkan batas daripada terhakis dan melindungi akibat daripada hujan.
- Mengurangkan kadar kehilangan air dalam tanam menerusi proses evaporasi.
2.Penjarangan:
Memilih anak benih yang sihat dan baik sahaja, membuang anak benih yang rosak dan berpenyakit. Memindahkan anak benih mengikut jarak penanaman yang betul.
Kepentingan penjarangan:
- Mengurangkan persaingan antara tanaman. Sekiranya dibiarkan dalam keadaan rapat akan menyebabkan berlakunya persaingan daripada segi penerimaan cahaya, air, bahan mineral dan ruang. Juga akan memudahkan penyebaran penyakit sekiranya dibiar rapat.
- Dapat memilih anak benih yang rosak dan berpenyakit.
- Meningkatkan kadar pertumbuhan tanaman dan meningkatkan pengeluaran hasil.
3.Merumput:
Merumput adalah aktiviti membuang tumbuhan yang tidak dikehendaki di sekitar tanaman. Merumput hendaklah kerap dilakukan samaada menggunakan tangan ataupun menggunakan cangkul.
Kepentingan merumput:
- Mengelakkan rumpai daripada bersaing dengan tanaman sayuran dari segi cahaya, air, bahan mineral dan juga ruang.
- Menghapuskan tempat pembiakan serangga perosak dang mengelakkan penyakit.
- Tanaman dapat menerima makanan secukupnya tanpa saingan dan meningkatkan hasil pertanian.
4.Menyiram:
Menyiram merupakan aktiviti membekalkan air kepada tanaman menerusi membasahkan tanaman dan tanah. Penyiraman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan petang mengikut keadaan cuaca dan kelembapan tanah.
Kepentingan menyiram:
- Memastikan tanaman dalam keadaan segar dan mengelakkan tanaman daripada mati.
- Memastikan sturktur tanah sentiasa lembap, memudahkan pertumbuhan tanaman.
5.Pembajaan:
Membekalkan nutrient tambahan kepada tanaman. Tanaman memerlukan unsur-unsur pemakanan untuk pertumbuhan yang sempurna. Unsur-unsur ini terbahagi kepada dua iaitu:
i. Unsur-unsur pemakanan makro :
Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Fosforus (p), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S).
ii. Unsur-unsur pemakanan mikro :
Kuprum ( Cu), Besi (Fe), Mangan (Mn), Molibenum (Mo), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorida (Cl), Kobalt (Co).
Baja terbahagi kepada tiga jenis:
- Baja organik
- Baja kimia
- Baja campuran
Kambing katjang
- Asal malaysia dan indonesia.
- Tujuan utama adalah pengeluaran daging
- Badan yang kecil dan pendek, tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi.
- Jantan mempunyai janggut, betina jarang mempunyai janggut. Muka kelihatan tirus dan lurus
- Leher pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 50-60cm.
- Mempunyai bulu yang kasar dan juga kulit yang nipis
Jamnapari
- Asal adalah india.
- Bewarna putih dan bertompok perang kehitaman.
- Digunakan untuk penghasilan daging dan susu.
- Mukanya cembung dan mempunyai telinga yang panjang melampai kebawah
- Mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher.
Anglo nubian
- Asal dari England.
- Hasil daripada kacukan baka British dan baka Afrika-India.
- tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
- Digunakan sebagai pengeluaran daging.
- Juga digunakan sebagai pengeluaran susu.
- Berbadan besar dan telinga yang panjang melampai ke bawah.
- Mempunyai kaki yang panjang.
- Tidak mempunyai tanduk dan mempunyai bulu yang pendek.
- Bulu merah keperangan, coklat putih, warna gelap.
- Pengeluaran susu adalah amat menggalakkan
Kambing saanen
- asal dari Lembah Saanen di Switzerland.
- Bulupendek berwarna putih
- Bewarna krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
- Muka berbentuk segitiga, hidungnya lurus.
- Telinga sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan
- Ekor pendek
- Mempunyai tanduk
- Terdapat kekacang pada lehernya
Kambing boer
- asal dari Afrika Selatan.
- Tujuan adalah daging.
- Bertanduk dengan telinga yang bergelung.
- Bewarna putih dan kepala bewarna merah keperangan
Kambing Toggenburg
- Daripada jenis baka tenusu,
- asal dari Switzerland.
- warna bulu berbeza-beza daripada putih kepada perang tua.
- tidak bertanduk tetapi mempunyai rumbai.
- Tidak sesuai diternak di Malaysia.

Ternakan ayam menggunakan reban jenis tertutup
- Reban ditutup sepanjang masa
- Bidai dibuka bila perlu
- Suhu persekitaran dalam reban terkawal
- Udara masuk dan keluar dikawal oleh kipas
- Dua kawalan-”evaporative cooling system” dan “tunnel ventilation”
Kebaikan
- Penggudaraan dalam reban adalah terkawal.
- Suhu dalam reban adalah terkawal mengikut kesesuaian.
- perubahan suhu minimum dan maksimum dlm reban lebih kurang 4°C (24-28°C) berbanding sehingga 10°C( 25>35°C) bagi reban terbuka
- Ayam kurang mengalami tekanan kerana gangguan dari faktor luar minimum
- Kawalan penyakit dalam dilakukan
- Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka.
- Bau hasil daripada najis dapat dikurangkan
- Kos pengeluaran adalah lebih rendah
- Pengambilan makanan dan penukaran kpd daging yang optimum
- Peluang pasaran dan eksport lebih baik kerana kawalan penyakit dn kualiti terjamin