Labels

Tuesday, November 2, 2010

Ayam Pedaging

Ternakan ayam menggunakan reban jenis tertutup


  • Reban ditutup sepanjang masa
  • Bidai dibuka bila perlu
  • Suhu persekitaran dalam reban terkawal
  • Udara masuk dan keluar dikawal oleh kipas
  • Dua kawalan-”evaporative cooling system” dan “tunnel ventilation”




















Kebaikan
  • Penggudaraan dalam reban adalah terkawal.
  • Suhu dalam reban adalah terkawal mengikut kesesuaian.
  • perubahan suhu minimum dan maksimum dlm reban lebih kurang 4°C (24-28°C) berbanding sehingga 10°C( 25>35°C) bagi reban terbuka
  • Ayam kurang mengalami tekanan kerana gangguan dari faktor luar minimum
  • Kawalan penyakit dalam dilakukan
  • Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka.
  • Bau hasil daripada najis dapat dikurangkan
  • Kos pengeluaran adalah lebih rendah
  • Pengambilan makanan dan penukaran kpd daging yang optimum
  • Peluang pasaran dan eksport lebih baik kerana kawalan penyakit dn kualiti terjamin

Friday, October 29, 2010

Efektif Mikroorganism, EM


Efektif mikrorganism adalah teknologi yang mula-mulanya digunakan di jepun yng telah dirintis oleh prof dr. Teruo higa. EM ini terdiri daripada mikrob berfaedah/ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts dan Phototrophic Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan. EM digunakan dalam pelbagai senario di malaysia. EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan alam sekitar. Selain mempercepatkan penguraian ataupun pereputan sisa buangan organik dan menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM berupaya merencatkan dan menghapuskan pembiakan bakteria parasit.
Antara aplikasi EM dalam penternakan adalah digunakan didalam air minuman. Air Campuran EM dengan kepekatan 0.5% hingga 1% dimasukkan ke dalam air minum ternakan dan diberikan setiap hari. Elakkan penggunaan antibiotik dalam minuman bagi memastikan EM tidak mati. Bekas air munuman hendaklah dibersihkan pada setiap hari. Bagi makanan pula, EM disemburkan pada makanan ataupunm dedak yang hendak diberikan kepada ternakan. EM yang disembur akan meresap kedalam makanan ternakan dan masuk kedalam saluran pencernaan ternakan bersama-sama dengan makanan.
Penggunaan EM dalam pembersihan kandang juga dipraktikkan dalam pengurusan ternakan. Em disemburkan kepada kandang, kotoran termasuk haiwan ternakan bagi menghindari bau busuk. Ini kerana pathogen yang yang terdapat pada badan ternakan akan terhapus.
EM digunakan dalam pembuatan silaj. Silaj diberikan kepada lembu dan kambing pada musim kemarau dan berlaku bencana alam yang menjadikan penternak sukar mendapatkan rumput segar. EM digunakan sebagai probiotik dalam pembuatan silaj, rumput kering, jerami dan lain-lain sebagai makanan ternakan. Rumput-rumput ataupun dikenali sebagai foder yang dijadikan silaj akan dipotong kecil-kecil dan diletakkan didalam bekas yang dipanggil silo. Tong silo ini terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara. Pastikan foder yang telah dimasukkan didalam tong silo padat bagi memastikan silaj dihasilkan dengan baik. Pemadatan boleh dilakukan dengan memijak ataupun menggunakan mesin pemampat rumput. Seterusnya foder ditabur dengan dedak halus dan diletakkan dengan EM. Pembuatan silaj dilakukan secara berlapis lapis, dengan cara seperti diatas. Adunan ini kemudian ditutup rapat agar mendapat keadaan yang anaerob, setelah lima hari adunan sudah berbau masam dan siap diberikan pada ternak.
Antara kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan EM pada ternakan kambing ataupun lembu adalah penghadaman ternakan yang baik. Ini disebabkan bakteria yang baik bertambah dan menyebabkan seleran makan ternakan meningkat dan mempercepatkan proses penghadaman makanan. Seterusnya adalah dalam menghasilkan ternakan yang bebulu cantik dan berkilat. EM membantu proses pemakanan yang lebih elok dan bersih. Berat badan ternakan akan bertambah melalui kehadiran bakteria dan akan mempercepatkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan menyebabkan pertambahan berat badan meningkat dari kadar biasa. Penggunaan EM dapat mengurangkan bau ternakan dan kandang ternakan. Bakteria tidak dapat membiak dan mengelakkan penghasilan bau yang kurang menyenangkan. Disamping itu EM turut mengurangkan kadar bau tinja ternakan, ini disebabkan kadar lalat yang menhurung tinja berkurangan dan ini menampakkan suasana yang bersih. EM juga berperanan dalam penguraian bahan-bahan buangan ternakan dan dijadikan sebagai baja organik.
Rujukan:
Adamagro, 2009. Penggunaan em.
(http://jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com/2009/12/penggunaan-em-1.html). Akses: 27 oktober 2010.
Nature agro trd, 2007. Konsep Efektif mikroorganisma(EM) dalam pertanian dan kepentingan Kompos. (http://bakteriabaik.blogspot.com/2008/01/konsep-efektif-mikroorganisma-dalam.html). Akses: 26 oktober 2010


Tuesday, October 19, 2010

Program pengurusan haiwan kesayangan


Pengurusan burung serindit
Sebelum anda mula memelihara haiwan peliharaan beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu adakah anda bersedia untuk hidup bersama haiwa kesayangan dengan setiap masalah dan keseronokkan yang bakal berlaku nanti. Pastikan juga ahli keluarga yang lain turut menerima pendapat anda untuk memelihara haiwan kesayangan dan adakah anda sudi menyediakan perbelanjaan kepada haiwan kesayangan anda. Seterusnya anda juga memastikan tujuan sebenar anda memelihara haiwan kesayangan.
Dalam pemilihan haiwan kesayangan beberapa perkara perlulah dititikberatkan iaitu haiwan peliharaan perlulah memiliki nilai-nilai komersial serta pemilik memiliki minat yang mendalam terhadap haiwan peliharaan yang dipilih. Kos pembelian dan kos penjagaan sehaursnya setimpal dan berpatutan dan penjagaan yang mudah. Penjaga juga menitik beratkan masa iaitu masa untuk menguruskan haiwan tersebut. Pastikan juga haiwan yang dipeliharaan adalah mudah untuk dijaga oleh orang lain semasa ketiadaan penjaga dirumah.
Dalam pengurusan burung serindik ini perkara pertama yang dititikberatkan adalah tempat tinggal burung ataupun sangkar burung. Sangkar burung seharusnya mempunyai ruang yang cukup besar untuk pergerakkan burung. Beberapa contoh pergerakkan burung di dalam sangkar adalah merengangkan kepak mereka dan terbang pada jarak yang dekat. Pemilihan sangkar yang bersesuain contohnya sangkar yang bersegi empat tepat yang panjang adalah lebik elok berbanding sangkar yang tinggi. Sangkar biasanya boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sangkar juga dibuat daripada pelbagai jenis medium contohnya kayu, rotan. plastik, dawai dan jaring. Sangkar juga boleh dibeli siap dikedai ataupun menggunakan kemahiran sendiri membuat sangkar. Sangkar biasanya disediakan tempat hinggapan yang dibuat daripada kayu atau dahan yang bersesuaian panjangnya. Sangkar juga disediakan tempat-tempat makanan dan air burung.
Sangkar hendaklah dibersihkan pada setiap hari sebaik-baiknya pada masa yang tertentu. Alaskan sangkar dengan medium contohnya surat khabar bagi memudahkan pencucian tahi burung mudah dilakukan. Pembasmian kuman seeloknya dilakukan setiap minggu. Penyediaan makanan burung hendaklah tetap pada setiap hari dan selari. Sebaik-baiknya, berikan burung makanan seidikit pada waktu pagi dan sedikit lagi pada malam harinya. Dengan cara ini burung akan menjadi lapar dan akan menghabiskan banyak makanan yang diberikan dan ini tidak akan menjadikan burung menjadi cerewet. Kaedah pemberian pada waktu pagi dan malam adalah sama seperti keadaan di dalam hutan dan burung akan menjadi lebih sihat. Salah satu daripada cara untuk menjadikan burung jinak adalah dengan memberikan pemakanan yang teratur.
Penjagaan pemakanan burung seharusnya dijaga dengan teliti. Ini kerana burung mudah terkena jangkitan penyakit yang boleh membawa kepada kematian burung. Punca utama burung mudah dijangkiti penyakit adalah faktor makanan yang tidak terurus dan kotor. Juga diakibatkan oleh makanan yang kurang kandungan zat makanan yang diperlukan oleh badan burung. Pemakanan yang seimbang iaitu yang terdiri daripada berbagai makanan harus diberikan. Dapatkan hasil-hasil makanan yang bermutu sahaja dan sumber yang boleh dipercayai untuk burung kesayangan anda. Pastikan juga biji-bijian dan makanan adalah segar dan tidak berkulat. Buah, sayur dan tumbuhan hijau juga penting untuk badan burung.
Sediakan juga piring leper berisi air bersih untuk burung ini mandi. Daripada ini kita dapatkan perhatikan samaada burung kesayangan kita berada dalam keadaan yang sihat atau sebaliknya. Ini keran rutin harian adalah cara yang terbaik untuk mengetahui samaada burung kesayangan anda sakit kerana burung yang sakit akan berhenti mandi. Selain daripada pemakanan yang tidak sempurna, satu lagi punca penyakit kepada burung adalah tekanan. Burung mudah mengalami tekanan sekiranya terdapat burung yang berlainan jenis dan kehadiran manusia lain. Oleh itu pertukaran suasana dalam sangkar hendaklah dilakukan dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan burung daripada tertekan. Satu lagi langkah bagi mengelakkan burng menjadi tertekan adalah meletakkan burung dalam berpasangan di dalam sangkar. Sekiranya anda membeli dan hendak menambah bilangan bilangan burung kesayangan anda, kuarantinkan burung tersebut sekurang-kurangnya dua minggu bagi memastikan ianya bebas daripada sebarang penyakit.