Sedang aku mengexplore di muka buku tadi, terjumpalah artikel yang dipostkan oleh Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw berkaitan dengan adab dan posisi tidur yang betul. Di dalam artikel ini membincangkan tentang kesannya tidur secara menelungkup dan hukumnya dari segi islam.
Antaranya adalah….
Tidur secara posisi menelungkup ini tidak sesuai untuk sistem pernafasan dan boleh mengakibatkan kesesakkan pernafasan.
Tidur pada posisi menghadap ke kiri pula akan menyebabkan gangguan kesihatan, ini adalah kerana ianya akan menghimpit jantung kita dan menggangu pengaliran darah ke otak kita. Dikatakan juga akan mengalami mimpi-mimpi yang sedih, mimpi buruk dan gejala mengigau ketika tidur.
Posisi Tidur yang terbaik adalah menghadap ke kanan tubuh. Ini kerana paru kiri lebih kecil berbanding paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Perkara ini telah dibuktikan oleh para saintis dan turut dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam seperti di dalam hadis baginda.
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)
p/s: renung2 kanlah dan selamat beramal….
0 comments:
Post a Comment