Labels

Saturday, March 19, 2011

perhubungan jarak jauh

Apa itu PJJ?? Adakah Program pendidikan jarak jauh……tepat sekali.
Tapi apa yang nak diceritakan disini adalah mengenai PJJ yang lebih sinonim dalam kehidupan kita.

Perhubungan jarak jauh…..
Perhubungan jarak jauh bukanlah maksudnya kita sekadar berhubung dengan seseorang yang jauh menggunakan telefon contohnya. Tetapi merupakan satu jalinan kasih sayang yang dipupuk ataupun lebih mudah hubungan cinta jarak jauh

Perhubungan ini sememangnya sukar dan mencabar. . Sememangnya disedari hubungan sebegini mempunyai risiko yang bakal dihadapi.Tetapi adalah tidak mustahil bagi perhubungan sebegini akan kekal lama dan mencapai ke tahap yang dikehendaki. Mencapai hingga ke jinjang pelamin adalah tidak mustahil sekiranya komitmen, kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan menjadi pegagangan kedua-dua pasangan.

Menurut Pro. Madya Dr. Khaidzir Imail, beliau berpendapat hubungan jarak jauh ini sebenarnya jika difikirkan dari sudut positif adalah lebih manis. Pasangan tersebut akan tersemai dengan perasaan rindu antara satu sama lain kerana jarang berjumpa ekoran daripada jarak yang jauh. Ianya lebih manis diumpakan ibarat jauh di mata dekat dihati. Dengan perkembangan teknologi pada masa sekarang adalah lebih mudah bagi mereka berhubungan sama ada menerusi telefon, web-cam, emel dan surat menyurat. Bahayanya perhubungan ini sekiranya terlalu lama berjauhan akan mengakibatkan perasaan kasih sayang, kepercayaan dan kesetiaan akan pudar.

terlintas aku untuk membuat post berkaitan ini kerana terbacalah kan di muka buku, salah seorang daripada friends yg buat post pasal hubungan jarak jauh dia tu. bila baca tu, terharu plak rasanya.....rasanya aku sendiri pernah rasa kot. huhuhuhu.....memang sukar dan peritlah kan. so nak sharelah apa yg dia post tu. moga hubungan diaorg akan terus berkekalan.


sebelum tu kita layan dulu lagu nie ye....






sebelum tu nak kongsi sikit tips nak kekalkan perhubungan jarak jauh.

Kepercayaan dan kejujuran
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.
Komitmen
Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.
Selalu berhubungan
Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.
Jangan letakkan banyak harapan
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.
Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.
Kesetiaan
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.
Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.
Emosi
Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.
sumber: kosmo

0 comments:

Post a Comment