Labels

Saturday, March 26, 2011

lawatan vs gedik2.


time nie masa kitaorg buat lawatan sambil belajar di Kolej Komuniti Kuala Langat dan Fitec.
lawatan nie for kursus kita org.
best gaklah lawatan nie, coz dpt more information and knowledge.
the most important adalah ambil gambar je lah.
hasil lawatannya boleh gaklah.....tapi aksi gedik2 je yg banyak.
pantang tengok kamera betul.
meh tengok aksi2 diaorang nie...

mamat nie gaya cam profesional lah.cuma hasil tu kureng sikit.

gaya tu dah ada dah, 

sape mamat nie?? comel nye...

olorw2.....senyum.

meh tengok sini, nak ambil gambar...

nampak sedap, rasa bolehlah buat geli2..

teh panas secawan...

elo...tauke ah chong kah?? itu gula sudah sampai maa...

senyum gitue...

aksi diluar batasan..

buat apa tu bro??


ambil gambar semut ke??

nak bawa baliklah kapal nie, main kat longkang depan rumah nak...

fitec, nak gie lagilah lain kali...

pergghh....cam real lah.

Monday, March 21, 2011

Last minit…

Nak dijadikan cerita…..

Aku hairanlah manusia zaman laa nie….

Masa dah diberi berminggu-minggu dulu dah…..

Apakah yang diaorang fikir…..

Sibuk sangat ke??

Suka ke nak lengah2kan kerja nie….

Tengok sekarang, siapa gak yang susah…

Pening kepala, sakit otak…..

Kalau dari dulu dah siapkan kan ke sekarang nie senang….

Xyah nak kecoh2….

Xda yg sakit kepala…

Nie tak suka gak nak buat kerja last minit….

Geram2….

Sekarang nie pun aku tengah tunggu dia orang nak send esement diaorang…

Nak combine sekali….

Geram2….

Aku nak tdo nie…

Saturday, March 19, 2011

perhubungan jarak jauh

Apa itu PJJ?? Adakah Program pendidikan jarak jauh……tepat sekali.
Tapi apa yang nak diceritakan disini adalah mengenai PJJ yang lebih sinonim dalam kehidupan kita.

Perhubungan jarak jauh…..
Perhubungan jarak jauh bukanlah maksudnya kita sekadar berhubung dengan seseorang yang jauh menggunakan telefon contohnya. Tetapi merupakan satu jalinan kasih sayang yang dipupuk ataupun lebih mudah hubungan cinta jarak jauh

Perhubungan ini sememangnya sukar dan mencabar. . Sememangnya disedari hubungan sebegini mempunyai risiko yang bakal dihadapi.Tetapi adalah tidak mustahil bagi perhubungan sebegini akan kekal lama dan mencapai ke tahap yang dikehendaki. Mencapai hingga ke jinjang pelamin adalah tidak mustahil sekiranya komitmen, kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan menjadi pegagangan kedua-dua pasangan.

Menurut Pro. Madya Dr. Khaidzir Imail, beliau berpendapat hubungan jarak jauh ini sebenarnya jika difikirkan dari sudut positif adalah lebih manis. Pasangan tersebut akan tersemai dengan perasaan rindu antara satu sama lain kerana jarang berjumpa ekoran daripada jarak yang jauh. Ianya lebih manis diumpakan ibarat jauh di mata dekat dihati. Dengan perkembangan teknologi pada masa sekarang adalah lebih mudah bagi mereka berhubungan sama ada menerusi telefon, web-cam, emel dan surat menyurat. Bahayanya perhubungan ini sekiranya terlalu lama berjauhan akan mengakibatkan perasaan kasih sayang, kepercayaan dan kesetiaan akan pudar.

terlintas aku untuk membuat post berkaitan ini kerana terbacalah kan di muka buku, salah seorang daripada friends yg buat post pasal hubungan jarak jauh dia tu. bila baca tu, terharu plak rasanya.....rasanya aku sendiri pernah rasa kot. huhuhuhu.....memang sukar dan peritlah kan. so nak sharelah apa yg dia post tu. moga hubungan diaorg akan terus berkekalan.


sebelum tu kita layan dulu lagu nie ye....






sebelum tu nak kongsi sikit tips nak kekalkan perhubungan jarak jauh.

Kepercayaan dan kejujuran
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.
Komitmen
Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.
Selalu berhubungan
Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.
Jangan letakkan banyak harapan
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.
Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.
Kesetiaan
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.
Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.
Emosi
Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.
sumber: kosmo

indahnya ciptaannya....


Indahnya bulan pada malam nie…..
Sedang aku duk2 kat luar rumah tadi hirup udara segar…..
Lihat bulan bukan main cantik lagi…..
subahanallah, indahnya ciptaan Allah yang maha esa.
Jarang sekali dapat tengok…..
Setelah seharian bumi tanjung malim dicurahi dengan hujan rahmat.
Dengan suhu yang sejuk nye plak…..
sempat gak berangan2 sikit, teringat kat org kat sana kan.
betul lah dikatakan bagai pungguk rindukan bulan....
dalam masa tu gak,
Sempat gak aku ambil gambar guna aku punya kamera telefon.
Nampak gambar cam hampeh je…..
Maklumlah kamera hp xberapa nak besar.
Bolehlah Nampak cahaya bulan sikit2….
Nak beli yg mahal2 xmampu…..
Tunggu kerja dulu….huhuhuhu.

bulan penuh malam nie, sungguh cantik jika dilihat secara real, 
dalam gambar nie xnampak sangat. nak juga upload....

bolehlah buat geli2, cantik kan??

jika dibandingkan dengan gambar nie.barulah lawa.


Friday, March 18, 2011

posisi tidur yang betul.


Sedang aku mengexplore di muka buku tadi, terjumpalah artikel yang dipostkan oleh  Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw berkaitan dengan adab dan posisi tidur yang betul. Di dalam artikel ini membincangkan tentang kesannya tidur secara menelungkup dan hukumnya dari segi islam. 

Antaranya adalah….

Tidur secara posisi menelungkup ini tidak sesuai untuk sistem pernafasan dan boleh mengakibatkan kesesakkan pernafasan.

Tidur pada posisi menghadap ke kiri pula akan menyebabkan gangguan kesihatan, ini adalah kerana ianya akan menghimpit jantung kita dan menggangu pengaliran darah ke otak kita. Dikatakan juga akan mengalami mimpi-mimpi yang sedih, mimpi buruk dan gejala mengigau ketika tidur.

Posisi Tidur yang terbaik adalah menghadap ke kanan tubuh. Ini kerana paru kiri lebih kecil berbanding paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Perkara ini telah dibuktikan oleh para saintis dan turut dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam seperti di dalam hadis baginda.

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)

p/s: renung2 kanlah dan selamat beramal….

Wednesday, March 16, 2011

Pengorbanan si ibu monyet


Sedang aku membelek2 beberapa laman sesawang tadi kan. Terjumpa plak satu topic yang menarik aku tengok. Dedicated mother, lama dah benda nie kena post, terbaca. Bila baca je tajuk nie kan kita dah boleh fikir dah apa yg disebalik tajuk nie. Jangan cakap xfaham sebab dalam bahasa mat salleh, aku nie pun xlah terer sangat bahasa mat salleh nie, tapi boleh lah meleleh air liur bila baca bahasa diaorang nie.

Nak disambungkan cerita, dedicated mother nie mesti pasal seorang ibu yang berdedikasi, penyayang dan sanggup bekorban demi anak-anak mereka. Refresh balik lah kan zaman kite kecil2 dulu, cam mana ibu kita jaga kita sayangkan kita. Pergghhh…..rindu emak kat kampung. Jika dibandingkan zaman la nie, macam2 kita baca kat news, malas baca pun kita tengok kat tv or radio. Kes buang bayi, bayi kena buanglah dan lebih menyedihkan lagi anak buang ibu. La nie benda nie dah jadi b’pusing2 plak……dimanakah silapnya?? Renung2kanlah…..

Balik cerita tadi, melencong plak dah…….bila baca tajuk, aku ingatkan cerita pasal manusia, kita nie yang sempurna akal fikiran. Tetapi rupanya cerita pasal monyet plak. Kenapa dengan monyet nie??
Naa….ingat manusia je reti kasih sayang, haiwan sebegini pun turut tahu apa itu kasih sayang, berkorban demi menyelamatkan anaknya. Apa yg terjadi kepada monyet nie???....panjang ceritanya…., pendek kan!!!,(skrip filem P.Ramlee tu, apa dah….lupa plak.)
beginilah al kisahnya.....

suatu hari tu kan, si anak monyet nie nak pergi mana entah menyeberang jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. entah macam manalah kena langgar dengan skuter(moped). kesian kan.....

datanglah si ibu menyelamatkan si anaknya. rasanya si anak nie cedera kot.
(siapa tahu bahasa monyet tolong tanya jap)

ibarat jatuh ditimpa tangga si anak monyet nie.....datanglah plak si anjing nie nak buat dajjal, bukan nya nak tolong pun. si ibu nie dengan berani menghalau si anjing bedebah nie lari. 
( hey!! dont touch my son....go away...) lebih kurang camtuelah apa yg terjadi.

si ibu dengan berani melawan si anjing. perghh.....terharu tengok kan.

si anjing takut kot dengan si ibu nie, kemenangan si ibu.....
maka selamatlah si anak dari ancaman anjing tu. tak tahu plak camner keadaan si anak tu kan. entah tercedera akibat kena langgar. tapi jalan cerita nie memang best dan menyedarkan aku betapa pengorbanan si ibu kepada anaknya.



pic from: bogoboo.com

kemaruk alkohol..

Alkohol yang lebih sinonim dengan arak ataupun minuman keras 
kerap dikaitkan dengan aktiviti sosial yang digunakan untuk mempertingkatkan mood. 
Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan kepada peminum.  
Beberapa contoh minuman beralkohol adalah bir, wain, brandi wiski dan lain2. 
Seperti mana yang kita tahu minuman beralkohol menyebabkan peminum akan 
menjadi mabuk apabila diambil secara berlebihan, malahan boleh membawa maut. 
Gambar di bawah nie merupakan peminum yang mabuk tidak sedarkan diri. 
perbuatan mereka seolah-olah meniru gaya yoga tanpa sedar. 
jom tengok aksi2 mereka nie. 

sumber: visboo.com

p/s: *minuman keras adalah haram sama sekali di sisi Islam.
hindari daripada terlibat dengan gejala seperti ini.
*jangan tiru aksi ini di rumah.



Tuesday, March 15, 2011

nak boboiboy je ke sekali ngan upin n ipin.


hari nie aku rajin betul lah.
nak tukar lagi lah aku punya blog header tu.
baru je siapkan aku punya header.
aku pinjam pic boboiboy tadi jumpa kat google.
yealah kan, ini kan animasi yg terbaru.
walaupun usia aku dah lanjut, tapi masih boleh lah tengok animasi2 nie.
pastu aku pinjam gak pic shaun the sheep.
upin n ipin nie aku pinjam gak,
tapi xtau plak nak pilih yg mana satu.
yang ada upin ipin ke yg xda.
kalau ada upin n ipin cam semak sangat.
kan2....

or

berfikir sejenak....

berfikir sejenak??
aku fikir gak apakah nama kepada bunga nie.
berfikir je memanglah xkan dapat nama bunga nie kan.
kenalah usaha sikit.
so berfikir tanpa usaha xda maknanya.

Monday, March 14, 2011

berani mati.....


lawak gler lah video nie.....
gelak tak habis2 tengok....
boleh plak jadi camtu erk.....
kalau musuh tengok memang kena gelak habis-habisan.....

Saturday, March 12, 2011

terpisahnya kita kerana mengejar impian.....

saja-saja buat post nie....
xda kerja....
gambar nie pun aku edit sendiri...
walaupun xcantik, nak juga letak....
ayat-ayat tu aku copy dari fb seseorang....
cam jiwang je ku baca.....
huhuhu....

Peralatan Tangan Kerja Kimpalan.

Alat tangan
  • Tukul

Digunakan untuk mengetuk, membentuk meratakan logam dan untuk kerja-kerja am yang lain. Tukul juga digunakan bagi mengetuk bahan kerja yang dikimpal bagi membuang sanga dan percikan arka pada sambungan kimpalan.
  • Playar

Playar digunakan untuk memegang benda kerja terutamanya benda kerja yang panas selepas dikimpal.
  • Berus dawai

berus dawai digunakan untuk membersihkan logam sebelum dan selepas dikimpal. Berus dawai juga boleh digunakan untuk membersihkan kikir.

Alatan menanda
  • Penggarit

Digunakan untuk membuat garisan pada permukaan logam. Hujung yang bengkok digunakan pada bahagian yang sukar dilakukan oleh hujung yang lurus. Penggarit diperbuat daripada keluli bekarbon tinggi.
  • Penebuk pusat

Digunakan untuk menanda permukaan logam sebelum kerja mengerudi atau mananda pusat bulatan. Diperbuat daripada keluli keras danhujungnya mempunyai sudut 600 dan 900.
  • Penebuk titik

Digunakan untuk menanda pada garisan atau lengkok. Hujungnya mempunya sudut 300.

Alat mengukur
  • Pembaris keluli

Digunakan untuk mengukur jarak, menguji keratin benda kerja dan membuat garisan lurus. Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis tahan karat.
  • Pita ukur

Digunakan untuk mengukur benda kerja yang panjang di mana pembaris keluli tidak dapat digunakan.
  • Angkup vernier

Merupakan alat mengukur yang mempunyai ketepatan yang jitu. Digunakan untuk mengukur ketebalan logam, diameter luar, diameter dalam, mengukur jarak dan kedalaman lubang.

Alatan memotong
  • Gergaji besi

Digunakan untuk memotong atau membuang lebihan logam.
  • Kikir

Digunakan untuk memotong, menipis dan melicinkan permukaan logam atau bahan-bahan lain. Diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.
  • Pahat

Digunakan untuk memotong, menorah logam atau membuang kepala rivet, terdapat dua jenis iaitu pahat sejuk dan pahat panas.

Alatan menguji
  • Sesiku L

Digunakan untuk menguji sudut 90o, menanda garisan dan menguji kerataan permukaan logam.
  • Sesiku bergabung

Digunakan untuk menanda, menguji sudut 45o dan 90o, mengukur kedalaman lubang dan membantu membuat garisan selari pada logam.

Mesin
  • Mesin canai

Digunakan untuk memotong atau mengurangkan ketebalan logam dengan melalukan proses pencanaian.
  • Mesin gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang. Proses mengerudi dapat dilakukan dengan lebih cepat dan menghasilkan lubang yang kemas.
  • Mesin pemotong piring

Digunakan untuk memotong logam dan paip nipis.



Monday, March 7, 2011

just for my love....

mama & ayah....