Saturday, March 26, 2011
lawatan vs gedik2.
time nie masa kitaorg buat lawatan sambil belajar di Kolej Komuniti Kuala Langat dan Fitec.
lawatan nie for kursus kita org.
best gaklah lawatan nie, coz dpt more information and knowledge.
the most important adalah ambil gambar je lah.
hasil lawatannya boleh gaklah.....tapi aksi gedik2 je yg banyak.
pantang tengok kamera betul.
meh tengok aksi2 diaorang nie...
mamat nie gaya cam profesional lah.cuma hasil tu kureng sikit.
gaya tu dah ada dah,
sape mamat nie?? comel nye...
olorw2.....senyum.
meh tengok sini, nak ambil gambar...
nampak sedap, rasa bolehlah buat geli2..
teh panas secawan...
elo...tauke ah chong kah?? itu gula sudah sampai maa...
senyum gitue...
aksi diluar batasan..
buat apa tu bro??
nak bawa baliklah kapal nie, main kat longkang depan rumah nak...
fitec, nak gie lagilah lain kali...
pergghh....cam real lah.
Monday, March 21, 2011
Last minit…
Nak dijadikan cerita…..
Aku hairanlah manusia zaman laa nie….
Masa dah diberi berminggu-minggu dulu dah…..
Apakah yang diaorang fikir…..
Sibuk sangat ke??
Suka ke nak lengah2kan kerja nie….
Tengok sekarang, siapa gak yang susah…
Pening kepala, sakit otak…..
Kalau dari dulu dah siapkan kan ke sekarang nie senang….
Xyah nak kecoh2….
Xda yg sakit kepala…
Nie tak suka gak nak buat kerja last minit….
Geram2….
Sekarang nie pun aku tengah tunggu dia orang nak send esement diaorang…
Nak combine sekali….
Geram2….
Aku nak tdo nie…
Saturday, March 19, 2011
perhubungan jarak jauh
Apa itu PJJ?? Adakah Program pendidikan jarak jauh……tepat sekali.
sebelum tu nak kongsi sikit tips nak kekalkan perhubungan jarak jauh.
Tapi apa yang nak diceritakan disini adalah mengenai PJJ yang lebih sinonim dalam kehidupan kita.
Perhubungan jarak jauh…..
Perhubungan jarak jauh bukanlah maksudnya kita sekadar berhubung dengan seseorang yang jauh menggunakan telefon contohnya. Tetapi merupakan satu jalinan kasih sayang yang dipupuk ataupun lebih mudah hubungan cinta jarak jauh
Perhubungan ini sememangnya sukar dan mencabar. . Sememangnya disedari hubungan sebegini mempunyai risiko yang bakal dihadapi.Tetapi adalah tidak mustahil bagi perhubungan sebegini akan kekal lama dan mencapai ke tahap yang dikehendaki. Mencapai hingga ke jinjang pelamin adalah tidak mustahil sekiranya komitmen, kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan menjadi pegagangan kedua-dua pasangan.
Menurut Pro. Madya Dr. Khaidzir Imail, beliau berpendapat hubungan jarak jauh ini sebenarnya jika difikirkan dari sudut positif adalah lebih manis. Pasangan tersebut akan tersemai dengan perasaan rindu antara satu sama lain kerana jarang berjumpa ekoran daripada jarak yang jauh. Ianya lebih manis diumpakan ibarat jauh di mata dekat dihati. Dengan perkembangan teknologi pada masa sekarang adalah lebih mudah bagi mereka berhubungan sama ada menerusi telefon, web-cam, emel dan surat menyurat. Bahayanya perhubungan ini sekiranya terlalu lama berjauhan akan mengakibatkan perasaan kasih sayang, kepercayaan dan kesetiaan akan pudar.
terlintas aku untuk membuat post berkaitan ini kerana terbacalah kan di muka buku, salah seorang daripada friends yg buat post pasal hubungan jarak jauh dia tu. bila baca tu, terharu plak rasanya.....rasanya aku sendiri pernah rasa kot. huhuhuhu.....memang sukar dan peritlah kan. so nak sharelah apa yg dia post tu. moga hubungan diaorg akan terus berkekalan.
sebelum tu kita layan dulu lagu nie ye....
sebelum tu nak kongsi sikit tips nak kekalkan perhubungan jarak jauh.
Kepercayaan dan kejujuran
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.
Komitmen
Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.
Selalu berhubungan
Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.
Jangan letakkan banyak harapan
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.
Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.
Kesetiaan
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.
Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.
Emosi
Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.
sumber: kosmo
Subscribe to:
Posts (Atom)