Labels

Tuesday, December 14, 2010

susahnya nak buat keputusan



susahnya nak buat keputusan......
apa yang harus aku buat???.......
pecah kepala nak fikir yang seharusnya.......
berbaloikah apa yang aku pilih nie???
adakah ini langkah yang baik untuk diriku??

membuat keputusan merupakan perkara yang amat sukar dibuat......
tambahan lagi sekiranya ianya berkaitan masa depan kita, kerjaya, pasangan hidup, tambahan lagi hidup dan mati.
salah pilihnya keputusan akan mengakibatkan pelbagai masalah, penyesalan malahan ada yang hingga membunuh diri........
oleh itu dalam membuat keputusan hendaklah di buat dengan sebaiknya dan tidak tergesa-gesa.......
dibawah ini merupakan beberapa tips untuk membuat keputusan........

  1. cari tempat yang tenang untuk berfikir. sebaiknya jauh daripada keadaan sekeliling yang boleh mendesak kamu membuat keputusan.
  2. jangan terburu-buru membuat keputusan. ambil masa untuk memikirkannya.
  3. dapatkan nasihat ataupun pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman seperti ibubapa, saudaramara, kawan dan sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar ataupun kaunseling.
  4. jangan mudah terpengaruh dengan sebarang kata-kata ataupun ransangan yang tidak memberi input.
  5. sekiranya berkaitan peribadi dan anda malu untuk bertanya, buat rujukan pada buku ataupun majalah.
  6. banyak membaca dapat membantu anda berfikir dengan lebih terbuka dan logik.
  7. tetapkan pendirian diri dan elakkan mengikut keputusan orang lain.
  8. senaraikan pro dan kontra pada setiap keputusan yang bakal diambil. ini memudahkan anda membuat penilaian keatas keputusan yang dibuat.
  9. buatlah keputusan mengikut akal fikiran sendiri, kemahuan diri, keyakinan diri dan kemampuan, jangan terlalu mengikut kemahuan orang lain.
  10. sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan daripada tuhan agar diberkati dan dirahmati dalam membuat keputusan.


Sunday, December 12, 2010

lemahkah kita??



“Jangan jadikan kelemahan diri sebagai halangan untuk mencapai kejayaan , jadikan kelemahan sebagai semangat dan dorongan untuk mencapai kejayaan”

Aku suka petikan ayat nie……..
Ianya seolah-olah memberi semangat dalam diri…….
Bila fikir2......
 jangan jadikan kelemahan sebagai halangan, hanya yang kalah saja yang berputus asa dengan kelemahan diri. Tidak semestinya yang lemah tidak akan Berjaya………
Banyak lagi lagi peluang yang boleh kita ceburi, kita lemah pada suatu bidang tidak semestinya kita lemah pada semua bidang……..
Jadikan kelemahan sebagai semangat……
Kita seharusnya berfikiran positif, jangan jadikan kelemahan menguasai minda, setiap orang dilahirkan dengan kelebihan dan kelemahan, mungkin kelebihan kita pada sesuatu yang lain daripada kelebihan seseorang itu…….
Jatuhnya kita hari ini tak bermakna jatuhnya kita esok, lemahnya hari ini esoknya kita mampu jadi kuat…….
Tak kan Berjaya seseorang itu jika pemikirannya menganggap dirinya lemah…….

lagi satu.......
jangan nak fikir je......
usaha kenalah ada gak......
xda nak dtg b'golek kejayaan.......
tawakal dan restu juga penting......

p/s: setiap orang ada kelemahan.......
t'plg pada individu untuk menilai.......
sbg peringatan diri insan yg lemah.....



Friday, December 10, 2010

teknik penggunaan komputer yang betul


ramai yang memandang temeh teknik penggunaan komputer yang betul......
mereka hanya fikir janji tahu guna sudah mencukupi......
disini kita silap disebalik penggunaan komputer dengan betul......
bahaya yang melanda disebalik kesilapan penggunaan teknik yang betul boleh membawa kepada penyakit pergelangan tangan (carpal tunnel syndrome).....
berikut merupakan teknik penggunaan yang betul.......



berehat secara teratur setiap selepas 15 hingga 20 minit dengan menggerakkan pergelanggan tangan.......
elakkan daripada menempatkan keyboard pada kedudukan yang lebih tinggi dan rendah daripada pergelangan tangan......
pastikan posisi badan tegak ketika duduk........