Labels

Thursday, December 16, 2010

Kontest Blog Terkemas


nie first time aku joint mana2 kontest.....
aku terserempak gak kontest nie time blog walking tadi.....
so tertarik gak nak joint......
walaupun blog cam hanjing....
tak salah kan kalau kita try.....
tuah badan siapa tahu kan....
congrats to Hannafauzann for this kontest.....


sini aku nak tag sapa erk.....
aku tag je lah siapa yang patut ye.....



Tuesday, December 14, 2010

lagi-lagi kau, alahai.....


apa yang lagi-laginya nie???
laa...selesema rupanya......

alahai.....
kesian nye dia.....
betapa peritnya selesema nie ya.....
betapa tak selesanya aku rasa.....
apalah nasib, tuah badan......
aku baca gak kat majalah lama kat rumah aku......
cun plak jumpa pasal selesema nie.....
jadi nak kongsilah sikitkan.....
kan ilmu tu perlu dikongsikan.....

majalah nie cakap utamakan kebersihan, itu semestinya.......mana ada orang yg kotor sihat.
minumlah vitamin C sebagai perlindungan tambahan.......kan ke Vitamin C nie fungsi dia penambah daya tahan badan, mungkin badan kita kurang vitamin C kot,

selain itu ada beberapa jenis makanan yang memiliki khasiat mencegah dan mengubati selesema nie.....
jom tengok, apakah makanan itu......
sup ayam: 

minum banyak air:


bawang putih:


buah limau:


makanan panas dan pedas:


halia:


makanan yang mengandungi vitamin C yang lain:

lepas nie sesiapa yang selesema tu, makanlah semua makanan kat atas tu......
hahahha.....
insya'ALLAH sihat....


susahnya nak buat keputusan



susahnya nak buat keputusan......
apa yang harus aku buat???.......
pecah kepala nak fikir yang seharusnya.......
berbaloikah apa yang aku pilih nie???
adakah ini langkah yang baik untuk diriku??

membuat keputusan merupakan perkara yang amat sukar dibuat......
tambahan lagi sekiranya ianya berkaitan masa depan kita, kerjaya, pasangan hidup, tambahan lagi hidup dan mati.
salah pilihnya keputusan akan mengakibatkan pelbagai masalah, penyesalan malahan ada yang hingga membunuh diri........
oleh itu dalam membuat keputusan hendaklah di buat dengan sebaiknya dan tidak tergesa-gesa.......
dibawah ini merupakan beberapa tips untuk membuat keputusan........

  1. cari tempat yang tenang untuk berfikir. sebaiknya jauh daripada keadaan sekeliling yang boleh mendesak kamu membuat keputusan.
  2. jangan terburu-buru membuat keputusan. ambil masa untuk memikirkannya.
  3. dapatkan nasihat ataupun pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman seperti ibubapa, saudaramara, kawan dan sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar ataupun kaunseling.
  4. jangan mudah terpengaruh dengan sebarang kata-kata ataupun ransangan yang tidak memberi input.
  5. sekiranya berkaitan peribadi dan anda malu untuk bertanya, buat rujukan pada buku ataupun majalah.
  6. banyak membaca dapat membantu anda berfikir dengan lebih terbuka dan logik.
  7. tetapkan pendirian diri dan elakkan mengikut keputusan orang lain.
  8. senaraikan pro dan kontra pada setiap keputusan yang bakal diambil. ini memudahkan anda membuat penilaian keatas keputusan yang dibuat.
  9. buatlah keputusan mengikut akal fikiran sendiri, kemahuan diri, keyakinan diri dan kemampuan, jangan terlalu mengikut kemahuan orang lain.
  10. sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan daripada tuhan agar diberkati dan dirahmati dalam membuat keputusan.