Labels

Thursday, September 30, 2010

Berkebun

sebagai salah satu daripada projek tanaman bagi kursus perkebunan dan hultikulture, kami yang terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan telah diberi tugasan untuk menanam sayur-sayuran. kami diberi dua batas setiap kumpulan yang mana setiap batas dikehendaki ditanam sayur jenis daun dan sayur buah. bagi sayur daun kami telah menanam sayur bayam hijau ataupun nama saintifiknya Amaranthus sp. sayur bayam ini mengandungi protien, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, natrium, kalium, beta karoten, vitamin B1 & B2, vitamin C, niacin, fiber, air yang baik untuk tubuh badan. bagi sayur buah pula kami menanam sayur kacang panjang (Vigna sinensis).


berkabun sememangnya menyeronokkan walaupun keletihan nak membuat batas. tetapi bila melihat hasilnya adalah amat menyeronokkan. pengalaman dan kemahiran sepanjang berkebun ini akan digunakan sebaiknya pada masa akan mendatang. 




 sebelum benih disemai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengembur tanah. ada beberapa kebaikan apabila kita mengembur tanah seperti membaiki pengudaraan tanah, menghapuskan perumah perosak tanah dan banyak lagi....



langkah ini adalah membuat lubang semaian bagi biji benih kacang panjang.



gunakan tali sebagai panduan bagi mendapatkan kelurusan tanaman seterusnya batas akan nampak lebih kemas dan teratur...disamping senang juga dibersihkan dan diletak baja. 



tapak yang sudah sedia untuk disemai dengan biji benih.





anak benih kacang panjang yang baru tumbuh...






seterusnya adalah mendapatkan buluh yang digunakan sebagai pautan bagi kacang...





panjang buluh yang digunakan adalah dalam anggaran 4-5 meter...




buluh yang dipajak digunakan sebagai tiang sokongan kepada kacang panjang.



tali rumbia digunakan sebagai sokongan ataupun pautan untuk kacang panjang. kacang panjang merupakan sejenis tumbuhan yang memanjat...



sokongan pautan kacang panjang yang sudah siap....




gambaran keseluruhan bagi kebun kami...


kacang panjang yang sudah dewasa dan menunggu untuk menghasilakan buah. kacang panjang yang kami tanam ini adalah jenis renek, maka ianya tidak akan memanjat seperti kacang panjang yang biasa.




pembajaan dan pengawalan rumpai juga harus dilakukan dengan kerap bagi mendapatlkkan tanaman yang subur dan segar.



sayur bayam hijau kami yang telah cukup matang untuk dituai.



tuaian sebaik-baiknya dilakukan seawal pagi dan lewat petang bagi memastikan sayur segar selepas dituai. bagi sayur bayam cara tuaian adalah dengan mencabut bersama sekali dengan akar. tujuan akar dibiarkan adalah memastikan sayur sentiasa segar hingga ke pengguna yang terakhir.



berhati-hati krtika mencabut sayur bayam kerana sayur ini adalah amat lembut dan mudah untuk putus.



jangan lupa ambil gambar kenang-kenagan sekali dengan sayur anda!!!


hasil tanaman bayam selepas dituai. agak banyak juga hasil yang kami dapat...


sayur bayam ini juga hendaklah dibersihkan dulu akarnya daripada tanah sebelum dipasarkan.



selepas siapa dibersihkan, langkah terakhir adalah pembungkusan. pembungkusan dilakukan samaada mengikut tibangan ataupun anggaran harga bagi sayur.


bagi tanaman seterusnya adalah kami menanam sayur kailan dan sayur kacang panjang kami sedang dalam menghasilkan buah....jangan lupa bagi mengikuti edisi seterusnya tentang penanaman sayur kailan dan melihat hasil tanaman kacang panjang kami......




syoknya berkebun!!!!

Sunday, September 19, 2010

Cockroaches Hunters


cockroaches hunters....nak senang pelihara je kucing kat rumah, tak payah risau dengan lipas...
breakdancer (stickman) Pictures, Images and Photos

Wednesday, September 1, 2010

Warung Kek Dan Roti Utama


Bagi menjayakan tugasan kumpulan kami bagi kursus BUDAYA KEUSAHAWANAN (PPU 2052) semester 3 sesi 2010/2011 kumpulan H. Kami telah sepakat untuk mengadakan lawatan ke sebuah iks yang berdekatan. Lokasi iks yang dipilih adalah Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor. Kumpulan kami yang terdiri daripada 12 orang ahli telah sepakat untuk melawat ke iks Warung Kek Dan Roti Utama. Syarikat ini menghasilkan produk berasaskan makanan. Setiap produk mempunyai berbagai variasi dan bentuk hasilannya. Antara jenis kek, roti dan biskut. IKS ini juga mengeluarkan beberapa jenis kek antaranya kek coklat pelbagai rasa, kek butter, kek chiffon, kek buah, kek aising, kek keju kek pisang, kek cawan, kek lobak merah dan kek gulung(swiss roll). Manakala roti pula ialah roti potong donet dan bun inti dengan aneka pilihan inti. Berlainan pula pada penghasilan produk biskut rayanya yang biasanya mengeluarkan dengan 12 jenis biskut. Jenis biskut keluarannya ialah Italian chocolate, kuih baker, ginger oat, strawberry, tart jem nenas, crumbly almond, almond London, coconut tears cookies, Mazola, makmur, cashewnut, dan hazelnut. Ketibaan kami disambut baik oleh pemilik iks tersebut. Perjalanan kami daripada kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris ke iks terbabit hanya mengambil masa dalam 20 minit. Pengalaman mengenai pengurusan perniagaan, perolehan syarikat, pengurusan sumber manusia dan lain-lain amat bermanfaat kepada kami. Seterusnya ekori siri lawatan di bawah....




Ejanz boomz yang khusyuk menuggu bersama dengan syahir n rieza……(manalah budak-budak yang lain nie)





Riniey sempat lagi pose kat depan tu….





Pekerja-pekerja yang sedang menyiapkan biskut yang ditempah oleh pelanggan. Pada musim perayaan tempahan adalah tinggi sekali, jadi syarikat ini memerlukan pekerja sambilan yang ramai. Sesiapa yang berminat bolehlah try nak kerja kat sini.




Salah seorang pekerja yang menyiapkan biskut raya.





Ejanz boomz yang menunjukkan bakat yang terpendam dalam memasak.





Biskut raya yang hamper siap.





Biskut raya yang sudah siap dibungkus dan sedia untuk dipasarkan.




Aqila yang tidak melepaskan peluang mencuba biskut raya.




Ahli kumpulan yang begitu tekun mendengar penerangan daripada wakil pemilik syarikat.





Sekali lagi ejanz boomz menunjukkan bakatnya.





Akhir sekali kami mengambil gambar kenangan bersama dengan wakil pemilik.




Masing-masing dengan gaya yang tersendiri.



akhir sekali kami ingin merakamkan penghargaan kepada pemilik iks ini iaitu Pn. Rohaniah dan Encik Abd. Latiff diatas kesudian membenarkan kami mengadakan lawatan ke iks ini. Penghargaan juga kepada setiap ahli kumpulan yang telah bekerjasama bagi melengkapkan siri lawatan ini.