Wednesday, September 1, 2010
Warung Kek Dan Roti Utama
Bagi menjayakan tugasan kumpulan kami bagi kursus semester 3 sesi 2010/2011 kumpulan H. Kami telah sepakat untuk mengadakan lawatan ke sebuah iks yang berdekatan. Lokasi iks yang dipilih adalah Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor. Kumpulan kami yang terdiri daripada 12 orang ahli telah sepakat untuk melawat ke iks Warung Kek Dan Roti Utama. Syarikat ini menghasilkan produk berasaskan makanan. Setiap produk mempunyai berbagai variasi dan bentuk hasilannya. Antara jenis kek, roti dan biskut. IKS ini juga mengeluarkan beberapa jenis kek antaranya kek coklat pelbagai rasa, kek butter, kek chiffon, kek buah, kek aising, kek keju kek pisang, kek cawan, kek lobak merah dan kek gulung(swiss roll). Manakala roti pula ialah roti potong donet dan bun inti dengan aneka pilihan inti. Berlainan pula pada penghasilan produk biskut rayanya yang biasanya mengeluarkan dengan 12 jenis biskut. Jenis biskut keluarannya ialah Italian chocolate, kuih baker, ginger oat, strawberry, tart jem nenas, crumbly almond, almond London, coconut tears cookies, Mazola, makmur, cashewnut, dan hazelnut. Ketibaan kami disambut baik oleh pemilik iks tersebut. Perjalanan kami daripada kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris ke iks terbabit hanya mengambil masa dalam 20 minit. Pengalaman mengenai pengurusan perniagaan, perolehan syarikat, pengurusan sumber manusia dan lain-lain amat bermanfaat kepada kami. Seterusnya ekori siri lawatan di bawah....
Ejanz boomz yang khusyuk menuggu bersama dengan syahir n rieza……(manalah budak-budak yang lain nie)
Riniey sempat lagi pose kat depan tu….
Pekerja-pekerja yang sedang menyiapkan biskut yang ditempah oleh pelanggan. Pada musim perayaan tempahan adalah tinggi sekali, jadi syarikat ini memerlukan pekerja sambilan yang ramai. Sesiapa yang berminat bolehlah try nak kerja kat sini.
Salah seorang pekerja yang menyiapkan biskut raya.
Ejanz boomz yang menunjukkan bakat yang terpendam dalam memasak.
Biskut raya yang hamper siap.
Biskut raya yang sudah siap dibungkus dan sedia untuk dipasarkan.
Aqila yang tidak melepaskan peluang mencuba biskut raya.
Ahli kumpulan yang begitu tekun mendengar penerangan daripada wakil pemilik syarikat.
Sekali lagi ejanz boomz menunjukkan bakatnya.
Akhir sekali kami mengambil gambar kenangan bersama dengan wakil pemilik.
Masing-masing dengan gaya yang tersendiri.
akhir sekali kami ingin merakamkan penghargaan kepada pemilik iks ini iaitu Pn. Rohaniah dan Encik Abd. Latiff diatas kesudian membenarkan kami mengadakan lawatan ke iks ini. Penghargaan juga kepada setiap ahli kumpulan yang telah bekerjasama bagi melengkapkan siri lawatan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment