Labels

Friday, February 4, 2011

Amalan Bergotong Royong

via: gumpey2008
Amalan bergotong royong sememangnya sinonim dengan masyarakat kampung. Amalan ini telah sekian lama diturunkan sejak daripada zaman dulu lagi. Bergotong royong sememangnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat kampung. Terutamanya dalam melaksanakan sesuatu program kemasyarakatan, majlis kenduri dan membersih sekitar kampung. Selain daripada memudahkan sesuatu pekerjaan melalui gotong royong  amalan ini juga dapat memantapkan lagi silaturahim dikalangan penduduk kampung. 
Amalan ini sehingga kini tetap diwarisi oleh masyarakat kampung di mana sahaja khususnya bagi penduduk Kampung Gumpey. Bagi masyarakat Kampung Gumpey setiap aktiviti berkaitan kampung akan dilakukan bersama-sama dan sudah menjadi tradisi terutamanya dalam majlis-majlis kenduri kahwin, pembacaan Doa Selamat, kenduri arwah dan banyak lagi dilakukan secara bersama-sama. Tidak hairanlah masyarakat kampung dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana pendduknya sudah terbiasa dengan sesama sendiri. Sebarang aktiviti yang akan dilaksanakan akan diadakan secara bermesyuarat bagi mendapatkan pandangan dari setiap seorang. Sememangnya diakui terdapat sebilangan yang tidak bersependapat dan berlainan buah fikiran, ini adalah kerana setiap orang memiliki berlainan kepentingan dan perbezaan pemikiran. Sesetengah berkemungkinan berkepentingan sendiri dan menindas yang lemah dan kurang ilmu. Namun semua itu adalah asam garam dalam kehidupan. Bersepakat membawa berkat.........

Bersempena dengan Majlis Aqiqah, Doa Selamat dan Pertunangan yang lepas, kami pihak pentadbir ingin berkongsi sedikit gambaran sepanjang Majlis dan aktiviti gotong royong yang dilaksanakan oleh penduduk dalam menjayakan setiap majlis dan program.

seekor lembu yang menjadi korban dalam Majlis Aqiqah ini.

saudara rizza yang membantu menyiapkan pondok bagi tempat memasak

menebang pokok mulong(nipah) untuk mengambil umbutnya dijadikan sayur

kereta version transformer milik mr dahlan( manager pasang siap)
sesiapa yang nak guna pasang siap bolehlah berhubung dengan beliau

pihak perempuan yang turu membantu untuk memasak lauk pauk

amalan memasak secara kenduri tetap menjadi tradisi walaupun sekarang terdapatnya katering yang boleh ditempah.

tidak mengira usia, tua dan muda turut bersama membantu.

tua dan muda memeriahkan lagi majlis

supervisor pada hari tersebut. mr pejai

gambaran penduduk yang turut hadir dalam majlis.

tidak mengira lelaki dan perempuan turut bersama memeriahkan majlis.



antara ahli Kumpulan Zikir Kampung Gumpey,
 berperanan menyumbangkan suara dalam setiap Majlis Zikir dan pembacaan Doa Selamat

pembacaan zikir oleh penduduk kampung.

orang-orang lama kita.....

selesai sahaja majlis pengunjung akan disajikan dengan makanan.

mr. dahlan selaku pencuci pinggan.




siapa nak makan hidang sendiri, mr.merekan

chef bahagian air mr.topok

sila-silakan menjamu selera, tak cukup boleh tambah lagi.


adalah pentingnya kerjasama dalam bermasyarakat, sekirangnya tiada kerjasama maka akan pincanglah organisasi masyarakat tersebut. moga amalan sebegini akan terus menjadi amalan masyarakat khususnya bagi generasi-generasi masa kini.

0 comments:

Post a Comment