Labels

Thursday, February 24, 2011

post ini boring


boring gler post aku nie....
sebab aku sendiri boring....
bila kelas ada malas nak pergie....
nie bila dah kelas xda boring plak....
nak gie main bola xda orang plak yang main.
duduk termenung je dari tadi....

xpelah....nak siap gie kelas je lah.....
ada gak faedah...
entah apa aku merepek nie,
xda makna langsung....

Tuesday, February 22, 2011

haiwan peliharaan vs haiwan pemangsa

Haiwan peliharaan ialah haiwan yang menjadi teman hidup manusia sehari-hari, banyak orang membela haiwan peliharaan sebagai hobi. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, haiwan ialah ‘binatang’ iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula ialah ‘yang dipelihara’. Oleh yang demikian, haiwan peliharaan ialah “binatang yang dipelihara oleh seseorang”. Kebanyakkan orang juga memelihara haiwan peliharaan untuk menghilangkan bosan atau untuk menghabiskan masa apabila terluang. Haiwan peliharaan kebanyakkan terdiri daripada pelbagai jenis haiwan seperti kucing, hamster, burung dan ikan.

secara logiknya haiwan peliharaan adalah haiwan yang boleh dibelai dan dimanjakan. tetapi apakah yang sebaliknya berlaku didalam gambar dibawah ini. sememangnya haiwan peliharaan adalah berdasarkan minat dan kecenderongan kita untuk memelihara haiwan tersebut. haiwan pemangsa juga dapat dijadikan haiwan peliharaan. berdasarkan gambar dibawah nie, mungkin beberapa faktor pelihara haiwan pemangsa ini adalah bagi menggelakkan daripada diragut ataupun diganggu terutamanya golongan wanita. mana tak nya bawa singa bersiar-siar.
dengan bangganya mak cik nie bawa haiwan peliharaan dia.
sekali singa nie ngap pakcik nie baru tahu. 
peragut pasti xberani nak dekati pak cik nie.
nah!!!..terbaiklah mak cik.
nak kena sondol....ganggu lah tuan aku!!
jalan-jalan....
gah je mak cik nie jalan. tengoklah siapa sebelah dia.
nie sekali dia baham kaki baru tahu...
comelnye dia...
rasanya pak cik nie training lari siapa laju lagi.
siap naik train lagi...
senang, xyah bawa pancing...suruh je tangkap ikan.

Monday, February 21, 2011

gila-gila punya

gambar nie kita orang ambil masa tinggal di kolej kediaman dulu.
benda yang orang lain tak buat kita orang buat.
tapi rasanya biasa kot bagi mana2 orang yg pernah buat.
time semua sama kepala.
satu pelan dah atur, apa lagi jalan je lah.

yang nie kitaorang masak guna rice cooker.
tapi kan boleh tahan gak rice cooker nie, tak nak plak rosak time tu.
tapi sekarang sedih lah plak...rice cooker dah jadi arwah.
apa yang kitaorang buat adalah memasak.
nak dikatakan hobi adalah memasak tak juga.
tapi boleh dikatakan semua kuat makan.
jom lah tengok apa yang kita orang masak.

bahan-bahan nak masak nasi goreng

goreng jangan tak goreng

penambah rasa.

periuk serba guna.

goreng secukup masak

inilah rice cooker yang banyak berjasa, tapi sekarang dah jadi arwah.

nasi putih nak dijadikan nasi goreng

inilah hasilnya.





terbaiklah, hasil daripada rice cooker.


Sunday, February 20, 2011

tip top punya.


nak di jadikan ceritalah kan.
malam tadi aku tolonglah member aku belikan tiket kapal terbang untuk dia gie melancong.
airasia go kalau tak silap aku lah, pakej ke phuket tu.
member aku nie loaded sikitlah.
tak lah macam aku nie, cukup2 makan je.
dia xda plak kad kredit or direct kredit.
aku pun mana ada kad kredit lagi, 
makan pun masih harapkan mak n bapa nak ada kad kredit.
aku guna direct kredit je. cimbcliks...
memang syoklah guna benda nie, 
terutamanya bagi kami yang tinggal seberang yang perlu naik flight.
sebab apa, bagi aku lah kan.
senang nak beli flight and survey harga.

yang best nya tapi tak berapa nak best topup online.
tengok2 je balance dah habis.
tak sedar plak.

setel semua pembelian dan pembayaran tiket tadi.
sekejap je duit tu lesap. hanya satu klick je, hampir 1k hilang.
nasiblah bukan duit aku, duit member aku yang dia bankin kan sebelum nie.
kalau aku manalah ada balance sebanyak tu.

bila dah setel semua, print out semua tu.
tiba2 henset aku plak berbunyi.
"uikss....apasal macam tak pernah tengok je no nie"
ceh!!! nervous gaklah....kot2 menang cabutan bertuah ke.
mana tak nye siap tanya nama penuh lagi tu.......
last2 sekali dia cakap dia nak comfirmation pasal transaksi yang aku buat tadi rupanya.
ceh!! melepas plak aku...ingatkan menang besar.

tanya punya tanya, aku rasa korang pun tahu apa yang dia tanya kan???
last sekali dia cakap apa??
"terima kasih atas kerjasam anda"
aku pun jawablah....."sama-sama encik"

rupa-rupanya diaorang nak kofirmkan yang aku betul2 buat transaksi tadi.
mana taknya aku xpernahlah buat transaksi sebanyak itu.
sekurang-kurangnya aku bangga dan berterima kasihlah dengan sistem diaorang nie.
security memang tip top lah....

yealah kan, siap call tanya, mana tahu ada orang lain sabotaj ke.....
pasnie xyah lah nak ragu-ragu lagi kan....

masa untuk bertukar...

hari nie aku tukar semua benda kat aku punya blog.
aku tukar aku punya address blog.
entahlah kenapa aku tukar, aku pun tak tahu.....
ini aku punya address baru msr-msyahrizza.blogspot.com
aku tukar gak aku punya banner.
walaupun tak berapa nak cantik. tapi nie aku usahakan sendiri.


bila setting2 semua tu.....
maka jadilah begini aku punya blog.
camner korang rasa??
menarik tak??
tak menarik pun takpe janji aku suka......huhuhuhu



Friday, February 18, 2011

my first touch

dengan berbekalkan beberapa panduan dan serba sedikit pengatahuan pasal adobe cs3 nie,
akhirnya aku berjaya gak menghasilkan satu kulit buku n poster.
eh silap, bukan aku sorang tapi dua orang.
yang nie assigment untuk subjek penerbitan elektronik kitaorang.
susah gak lah nak buat benda nie kalau xda basic.
dengan xda ideanya, tak tahu nak guna adope cs3 lagi, mampuslah nak buat.
cs3 nie banyak kegunaan dia, edit gambar, buat poster, banyak lagilah.
yang nie pun kitaorang ambil masa yang lama nak buat.
klik sana, klik sini. tekan sana sini.
try and error je time tu.
apa susahnya kitaorang xboleh nak guna gambar yg kat internet tu.
dia nak lukis sendiri ataupun snap sendiri.
akhirnya nampak gak lah hasil dia.
walaupun nampak cam tut.....(hahaha)
tunjuk kat lecturer dia cakap ok.
ok kot bagi tahap kitaorang nie.
just belajar basic je.

yang lecturer tak komen sangat just cakap tulisan tu tak menonjol.
xfahan gak nak buat camner lagi.


yang dia xcakap apa, just dia tegur salah ejaan.
tahulah aku xpandai bahasa org puteh ye....


yang nie try2 je.
yang nie kita orang tiru yang macam universal punya tu.


aku punya header pun aku aplikasikan dari apa yg aku belajar dalam kelas.


Tuesday, February 15, 2011

jalan-jalan habiskan duit

betullah kan jalan2-jalan habiskan duit?
ada ke jalan2 tak guna duit.
memanglah setakat jalan2 depan rumah xda guna duit.
tak pun jalan2 orang bagi duit.
sekarang nie nak gie tandas pun bayar.
lainlah tandas terbang tu.
kalau begitulah semua orang nak jalan2 kan?

apa yang betul nye?
orang jalan2 guna kaki.
mana guna duit.
ini jawapan yang paling tepat.
entah apa aku merapu nie.....haiya.

jalan2 aku maksudkan nie adalah makan angin, cuti-cuti malaysia.
aku ngan member keluarlah kan jalan2.
pelan last minit.
call owner kereta sewa.
dapat kereta terus jalan.
nak gie mana??
semua tak tahu.
last2 gie i-city.
orang cakap best.
kita orang on je.
dah xda idea kan nak gie mana.

malam tu gie lah.
dengan excited nya.
bila sampai lain plak.
nak kata best macam org kata tak juga.
tak tahulah dia orang menilai dari perspektif lain kot.
bagi kita orang apa yang best nya.
biasa je.
sampai ada kakak tu siap memaki plak.
memaki apa entah, dengarnye camnielah lebih kurang....
"dah masuk berbayar, tempat parking susah, cam hampeh, susah2 je datang".....banyak lagilah, lupa nak rakam. kesian kat akak tu kan.

kita orang nie kira layan je apa yang ada.
ambil gambar pastu ronda-ronda, pusing2....xkan nak blah terus, dah bayar. tengoklah apa yg ada, cuci mata ke....hehehehe
kita orang ambil lah gambar sikit2.....
buat kenangan.
nanti orang tanya ada gak dibuatkan cerita ye...












ini lah beberapa gambar yang sempat kami ambil.

Sunday, February 13, 2011

Bangunan mesra alam

MENARA TAIWAN... di Taichung, Taiwan, pelantar pemerhati berisi gas helium dibina di luar menara dan kerja membangunkannya akan dimulakan tahun depan. Bangunan diilhamkan daripada bentuk pokok ini menggunakan tenaga solar dan air hujan yang dirawat. Bakal menempatkan pejabat, restoran, muzium.

MENARA LONDON... turut dikenali sebagai The Shard dijangka siap tahun depan. Pada ketinggian 305 meter, ia menjadi menara tertinggi di Eropah dan menempatkan ruang pejabat, kediaman, restoran dan hotel.

KAPSUL KONSEP... binaan Seascraper (atas) dibentuk untuk menahan arus kuat bagi mendapatkan sumber tenaga secara percuma, manakala Gyre (bawah) adalah menara akuatik yang mampu terapung di lautan. Ia boleh dijadikan pusat pelancongan atau stesen penyelidikan.

TOKYO MASA DEPAN... cadangan pembinaan Piramid Bandar Mega Shimizu belum menjadi kenyataan kerana bahan binaan ringan untuk diapungkan di Teluk Tokyo belum berjaya dicipta.

UNTUK PIALA DUNIA... Stadium al-Khor di Qatar akan menjadi lokasi pertandingan Piala Dunia 2022, menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan penyaman udara bagi memastikan suhu berada di bawah 26° Celsius.

STADIUM HIJAU... Stadium Olimpik Sochi di Russia direka bentuk seperti cengkerang dengan dinding dan bumbung menggunakan bahan yang mampu ditembusi cahaya pada siang dan diterangi lampu ketika malam. Ia akan digunakan pada 2014.

REKA BENTUK MENARIK... di Paris, Perancis, pentadbir bandar raya itu mula membina bangunan tertentu supaya kediaman menjadi menarik walaupun tidak dibina di pinggir bandar.

BERKEMILAU... Masdar City di Abu Dhabi akan dibuka sepenuhnya pada 2020 dan tiada kereta dibenarkan di sini, manakala hampir semua airnya dikitar semula.

sumber: hmetro