Labels

Saturday, August 21, 2010

Sungai Sadong, Kampung Gumpey

Sungai Sadong yang mengelilingi Kampung Gumpey. Sunagi Sadong ini kaya dengan pelbagai jenis ikan air tawar contohnya ikan baong, ikan sembilang, udang galah dan lain-lain.

Perahu yang digunakan semasa memancing. Selain daripada sebagai sumber rezeki, sungai sadong ini masih kekal sebagai jalan perhubungan untuk penduduk setempat pergi ke kebun. Malahan sungai ini turut digunakan sebagai laluan untuk mengangkut balak dan pasir sungai oleh syarikat-syarikat luar.




Memancing disini sememangnya memberikan kepuasan kepada setiap pemancing yang datang. Nak memancing hanya memerlukan kos umpan yang murah yang mana hanya memerlukan cacing tanah, anak udang dan lain-lain.


Merupakan salah seorang daripada pemancing yang khusyuk menanti pancing di sambar ikan.

Salah seorang pemancing yang tidak jemu menunggu pancing nya disambar ikan.

Salah seorang daripada penduduk kampung yang pakar dan mahir dengan selok belok di sungai ini. Setiap aktivit penangkapan ikan seperti memancing, memukat, menjaring, menyala memerlukan kemahiran yang tersendiri. Dalam memancing ini kesabaran merupakan aspek yang paling pentaing kepada setiap memancing. Memancing bukanlah sekadar mendapat habuan ikan sahaja tetapi aspek yang paling penting adalah kepuasan diri dalam menanti sambaran sang ikan

Ini merupakan hasil daripada salah seorang pemancing di sungai gumpey. Hasil tangkapan ini adalah bergantung kepada musim ataupun kitaran arus sungai. 

1 comment:

  1. bro... aku rasa sik lengkap mun sik da kah pic nok masa kita menewaskan mangsa..mun mok best gik apa kita cuti tok kita rakam aksi kita sedang bertarung ngn udang galah..apa macam? ada setuju?

    ReplyDelete