Labels

Tuesday, January 10, 2012

pop pop boat


LANGKAH KERJA
1.      Menyediakan semua bahan-bahan dan peralatan tangan untuk memudahkan kerja
2.      Memotong bahagian atas dan bawah tin minuman untuk menghasilkan enjin pop pot menggunakan gunting.
3.      Setelah tin minuman dipotong dalam bentuk kepingan, kepingan tersebut dilipat kepada dua yang mana permukaan silver pada dalam dan dilekatkan dengan pita pelekat untuk memegang tin daripada terbuka semula pastikan hujung lipatan adlah selari.
4.      Tekankan bahagian hujung tin yang dilipat menggunakan benda keras bagi mendapatkan lipatan yang kemas dan pastikan tidak kemik kerana ianya akan menyebabkan enjin tidak berfungsi dengan baik.
5.      Template yang sudah di cetak dipotong dan dilekatkan pada tin yang dilipat menggunakan pita pelekat.
6.      Potong kepingan tin tersebut menggunkan gunting yang tajam mengikut ukuran yang terdapat pada template yang dilekatkan tadi.
7.      Lipatkan kepingan yang dipotong pada mana sisi meja bersudut 90 darjah tepat mengikut ukuran pada template tadi. Pastikan lipatan tersebut kemas dan betul-betul pada ukuran. Lipatan ini akan mempengaruhi enjin dan pastikan kepingan tin tersebut tidak kemik.
8.      Tekan dikedua-dua belah kepingan tin yang dilipat tadi menggunakan menggunakan pembaris bagi mendapatkan lipatan yang kemas.
9.      Ambil dua batang penyedut minuman fleksibel dan masukkan penyedut pada kepingan tin tadi di bahagian yang terbuka. Masukkan satu per satu dengan perlahan-lahan dan pastikan tin kemik dan penyedut minuman tidak rosak. Masukkan penyedut minuman sehingga penghujung lipatan tin minuman.
10.  Lebihan potongan kepingan tadi dipotong untuk meratakan bahagian lipatan tin. Berhati menggunakan potongan tin ini kerana ianya boleh mencederakan tangan.
11.  Sediakan bekas untuk mengacau epoxy gam, campurkan kedua-dua epoxy gam dengan sebati. Berhati-hati semasa mengacau epoxy gam kerana lekatan ini adalah amat kuat sekiranya terkena tangan.
12.  Sapukan epoxy gam pada lipatan kepingan tadi dengan pantas kerana epoxy gam adalah cepat kering. Gunakan potongan tadi untuk menyapu pada bahagian dalam lipatan. Lakukan berulang kali bagi memastikan sapuan gam adalah rata dan enjin tidak bocor.

13.  Setelah kedua-dua belah lipatan disapu dengan rata, biarkan lipatan tin tersebut kering.

14.  Seterusnya adalah melekatkan penyedut minuman pada kepingan tin terbut. Bahagian penyedut yang pendek dimasukkan ke dalam lipatan tersebut. Ianya akan digam menggunakan epoxy gam. Ini kerana epoxy gam adalah kukuh dan tahan panas apabila dibakar tadi.
15.  Campurkan kedua-dua gam dan sapukan pada bahagian masukkan penyedut dengan lipatan tin, sapukan lipatan dengan rata dan kemas. Pastikan juga jara masukkan penyedut tidak terlalu rapat ke dalam lipatan tin. Biarkan enjin yang hamper siap kering sepenuhnya.
16.  Setelah gam kering, seterusnya adalah menguji enjin untuk mengenal pasti kebocoran pada enjin, sediakan air di dalam bekas dan tiupkan kedua-dua penyedut minuman tersebut. Sekiranya terdapat buih bermakna enjin adalah bocor dan perlu ditampal menggunakan gam epoxy semula.
17.  Seterusnya Potong template sudut bengkok enjin yang dicetak dan dilekatkan pada kertas keras dan bentukkan ukuran tersebut.
18.  Panaskan penembak gam panas, ukur sudut bengkokkan enjin dan gam pada bahagian bengkokkan. Gunakan penembak gam panas yang berkuasa rendah iaitu 30 V bagi mengelakkan penyedut minuman daripada panas dan berlubang.
19.  Pengujian enjin dilakukan menggunkan lilin dengan menyediakan air di dalam bekas, masukkan air ke dalam penyedut minuman dan panaskan enjin. Enjin yang baik adalah menghasilkan bunyi pop pop.
20.  Seterusnya adalah membentuk bot, potong template bot yang dicetak.

21.  Potongkan kotak minuman 250 ml dan lekatkan template tersebut. Guntingkan mengikut ukuran template.
22.  Seterusnya lipatkan kota mengikut template dan gamkan lipatan kotak sehingga menbentuk sebuah bot.
23.  Seterusnya adalah meletak enjin pop pot pada bot, buatkan lubang pada bahagian hadapan bot dan masukkan enjin, bahagian penyedut minuman adalah pada bahagian bawah bot.
24.  Gunakan gam panas untuk menutup lubang pada bot, hati-hati menggunakan penembak gam panas supaya tidak merusakkan enjin.
25.  Seterusnya adalah melakukan kekemasan pada bot mengikut kreativiti. Membuat tempat letak lilin, gunakan kertas aluminium untuk membalut lilin yang dipotong pendek dan lekatkan menggunakan pelekat.
26.  Uji keseimbangan bot di atas air dan sekiranya tidak seimbang letakkan pemberat.
27.  Bot pop pot sedia untuk digunakan.

Monday, October 31, 2011

ietam my cat


lama xupdate blog nie...dah xt'hitung lamanye erk....kali nie nak story sikit pasal kucing aku kat rumah di kampung sana. memandangkan aku rindu sangat kat kucing nie aku saje je buat story si ietam nie, nak menyemakkan aku punya blog katakan. ietam nie dari kecil lagi kta orang bela, kalau xsilap generasi ke berapa dah kat rumah aku. aku rasakan itulah pasal warna nya hitam sebab dah generasi ke berapa dah, yg sebelum nie dah ambil warna yg cantik-cantik.....
apa yg aku suka n syg sangat kat kucing nie adalah sangat nakal, rasanya kucing nie amat lain dari yg lain. t'lalu bnyklah story yang pelik-pelik dia buat. jom lah tengok si ietam nie.....walaupun xcomel tapi aku suka pasal nakal sangat.

ietam masih kecil, xtau gak berapakah umur nya time nie....

tengok tu....muka xboleh blah....dah lah hitam.

ini mak ietam, dan adik beradik ietam.

nie ietam sekarang...tengoklah patung pun dia buat tdo.

siap peluk harimau lagi tue...

zzzzz....

yg best sangat ietam nie, asal dia nampak cicak kat siling 
mesti dia kecoh satu rumah.

hye....

si ietam nie sangat suka b'gurau, apa benda kat depan mata 
dia jadi mangsa di buatnya maianan. meh tengok sikit video sal si ietam nie.

apa macam? beest tak si ietam, w/pun mukanya hitam, 
ianya amat menghiburkan.....rindu si ietam. 

Tuesday, September 27, 2011

Operasi Ikan Keli


Dalam keheningan tengah hari yang xberapa nak panas,
empat org b'sahabat duduk melepakkan diri di sebuah bus stand yang t'letak di tengah2 Kampung Gumpey
empat b'sahabat yg diketuai oleh (topok), the liman, topui dan ss sedang asyik m'lepak sambil b'sandar pada setiap tiang bus stand. (bagi yg suka melepak di bus stand sudah m'jadi k'banggaan jika dapat b'sandar pada tiang. malahan ada yg sampai b'tikam lidah b'rebut nak ambil tempat.)
the Gumpey's port

dalam masa yg sama the liman dengan muka serius nya menyuarakan pendapat hendak memancing ikan.
ikan apa kau nak pancing nie the liman??? si topok b'tanya.....
alaa, apa2 ikan pun xpa janji dapat dimakan jawab the liman dengan selamba......
dengan pantas topui b'suara: aku ada idea.....kita beli ikan keli, collect lah, pastue kita panggang ikan keli, apa macam?? bernas tak idea aku...(sambil t'senyum sinis).
dengan bangga nya ss m'jawab, aku setuju sangat dengan topui....

setelah semua b'sepakat......empat b'sahabat pun dengan bangga nya b'jumpa dengan tauke ikan keli(wa abeng).
setelah selesai urusan jual beli, akad jual(macam bisnes besar jak)......
ar-rahmat(anak tokei keli) dengan muka t'paksa mengambil jala nak tangkap ikan keli untk empat b'sahabat.

nak tengok aksi empat b'sahabat???
jom kita layan gambar.

the liman dengan b'semangat menangguk ikan keli, 

tadaa.....xda pun.

kolam ataupun pegong ternakan ikan keli.

ikan keli's house.

buat aksi plak dia.

topui dengan penuh gaya.

nah...ambik kau.

berat nye...mesti penuh dengan ikan.

mana ikan nya??

anak keli ke ikan keli dapat nie??

model ikan keli.

xcukup, nak tambah lagi.

sekali lagi....ini pasti banyak ikan.

hati2 bang, nanti kena sengat keli.....(petik oleh kelik kau lak)

1, 2, 3,.......lagi2....

topok b'puas hati dengan hasil tangkapan.

laa, dah siap dah.....apa lagi?? layan...

xdapat pandang dua kali....lesap dah.

demikianlah cerita empat b'sahabat dengan operasi ikan keli, malas dah aku nak tulis panjang2....
WARNING:

cerita ini adalah b'dasarkan kisah benar dan tidak b'sangkut paut dengan apa2 agenda.
cerita ini hanya sekadar p'kongsian dan penceritaan. w/pun cerita nya kurang faham.(aku yang menaip nie pun xfaham apa aku taip). itu semua tidak penting yang penting kita cuba dan terus mencuba. disini ingin memohon maaf sekiranya t'kasar tutur kata, t'silap taip, t'sasul ke......apa2 je lah.

'majulah industri kecil sederhana untuk sendiri, keluarga dan bangsa'