Labels

Thursday, February 24, 2011

post ini boring


boring gler post aku nie....
sebab aku sendiri boring....
bila kelas ada malas nak pergie....
nie bila dah kelas xda boring plak....
nak gie main bola xda orang plak yang main.
duduk termenung je dari tadi....

xpelah....nak siap gie kelas je lah.....
ada gak faedah...
entah apa aku merepek nie,
xda makna langsung....

Tuesday, February 22, 2011

haiwan peliharaan vs haiwan pemangsa

Haiwan peliharaan ialah haiwan yang menjadi teman hidup manusia sehari-hari, banyak orang membela haiwan peliharaan sebagai hobi. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, haiwan ialah ‘binatang’ iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula ialah ‘yang dipelihara’. Oleh yang demikian, haiwan peliharaan ialah “binatang yang dipelihara oleh seseorang”. Kebanyakkan orang juga memelihara haiwan peliharaan untuk menghilangkan bosan atau untuk menghabiskan masa apabila terluang. Haiwan peliharaan kebanyakkan terdiri daripada pelbagai jenis haiwan seperti kucing, hamster, burung dan ikan.

secara logiknya haiwan peliharaan adalah haiwan yang boleh dibelai dan dimanjakan. tetapi apakah yang sebaliknya berlaku didalam gambar dibawah ini. sememangnya haiwan peliharaan adalah berdasarkan minat dan kecenderongan kita untuk memelihara haiwan tersebut. haiwan pemangsa juga dapat dijadikan haiwan peliharaan. berdasarkan gambar dibawah nie, mungkin beberapa faktor pelihara haiwan pemangsa ini adalah bagi menggelakkan daripada diragut ataupun diganggu terutamanya golongan wanita. mana tak nya bawa singa bersiar-siar.
dengan bangganya mak cik nie bawa haiwan peliharaan dia.
sekali singa nie ngap pakcik nie baru tahu. 
peragut pasti xberani nak dekati pak cik nie.
nah!!!..terbaiklah mak cik.
nak kena sondol....ganggu lah tuan aku!!
jalan-jalan....
gah je mak cik nie jalan. tengoklah siapa sebelah dia.
nie sekali dia baham kaki baru tahu...
comelnye dia...
rasanya pak cik nie training lari siapa laju lagi.
siap naik train lagi...
senang, xyah bawa pancing...suruh je tangkap ikan.

Monday, February 21, 2011

gila-gila punya

gambar nie kita orang ambil masa tinggal di kolej kediaman dulu.
benda yang orang lain tak buat kita orang buat.
tapi rasanya biasa kot bagi mana2 orang yg pernah buat.
time semua sama kepala.
satu pelan dah atur, apa lagi jalan je lah.

yang nie kitaorang masak guna rice cooker.
tapi kan boleh tahan gak rice cooker nie, tak nak plak rosak time tu.
tapi sekarang sedih lah plak...rice cooker dah jadi arwah.
apa yang kitaorang buat adalah memasak.
nak dikatakan hobi adalah memasak tak juga.
tapi boleh dikatakan semua kuat makan.
jom lah tengok apa yang kita orang masak.

bahan-bahan nak masak nasi goreng

goreng jangan tak goreng

penambah rasa.

periuk serba guna.

goreng secukup masak

inilah rice cooker yang banyak berjasa, tapi sekarang dah jadi arwah.

nasi putih nak dijadikan nasi goreng

inilah hasilnya.





terbaiklah, hasil daripada rice cooker.