Labels

Friday, February 18, 2011

my first touch

dengan berbekalkan beberapa panduan dan serba sedikit pengatahuan pasal adobe cs3 nie,
akhirnya aku berjaya gak menghasilkan satu kulit buku n poster.
eh silap, bukan aku sorang tapi dua orang.
yang nie assigment untuk subjek penerbitan elektronik kitaorang.
susah gak lah nak buat benda nie kalau xda basic.
dengan xda ideanya, tak tahu nak guna adope cs3 lagi, mampuslah nak buat.
cs3 nie banyak kegunaan dia, edit gambar, buat poster, banyak lagilah.
yang nie pun kitaorang ambil masa yang lama nak buat.
klik sana, klik sini. tekan sana sini.
try and error je time tu.
apa susahnya kitaorang xboleh nak guna gambar yg kat internet tu.
dia nak lukis sendiri ataupun snap sendiri.
akhirnya nampak gak lah hasil dia.
walaupun nampak cam tut.....(hahaha)
tunjuk kat lecturer dia cakap ok.
ok kot bagi tahap kitaorang nie.
just belajar basic je.

yang lecturer tak komen sangat just cakap tulisan tu tak menonjol.
xfahan gak nak buat camner lagi.


yang dia xcakap apa, just dia tegur salah ejaan.
tahulah aku xpandai bahasa org puteh ye....


yang nie try2 je.
yang nie kita orang tiru yang macam universal punya tu.


aku punya header pun aku aplikasikan dari apa yg aku belajar dalam kelas.


Tuesday, February 15, 2011

jalan-jalan habiskan duit

betullah kan jalan2-jalan habiskan duit?
ada ke jalan2 tak guna duit.
memanglah setakat jalan2 depan rumah xda guna duit.
tak pun jalan2 orang bagi duit.
sekarang nie nak gie tandas pun bayar.
lainlah tandas terbang tu.
kalau begitulah semua orang nak jalan2 kan?

apa yang betul nye?
orang jalan2 guna kaki.
mana guna duit.
ini jawapan yang paling tepat.
entah apa aku merapu nie.....haiya.

jalan2 aku maksudkan nie adalah makan angin, cuti-cuti malaysia.
aku ngan member keluarlah kan jalan2.
pelan last minit.
call owner kereta sewa.
dapat kereta terus jalan.
nak gie mana??
semua tak tahu.
last2 gie i-city.
orang cakap best.
kita orang on je.
dah xda idea kan nak gie mana.

malam tu gie lah.
dengan excited nya.
bila sampai lain plak.
nak kata best macam org kata tak juga.
tak tahulah dia orang menilai dari perspektif lain kot.
bagi kita orang apa yang best nya.
biasa je.
sampai ada kakak tu siap memaki plak.
memaki apa entah, dengarnye camnielah lebih kurang....
"dah masuk berbayar, tempat parking susah, cam hampeh, susah2 je datang".....banyak lagilah, lupa nak rakam. kesian kat akak tu kan.

kita orang nie kira layan je apa yang ada.
ambil gambar pastu ronda-ronda, pusing2....xkan nak blah terus, dah bayar. tengoklah apa yg ada, cuci mata ke....hehehehe
kita orang ambil lah gambar sikit2.....
buat kenangan.
nanti orang tanya ada gak dibuatkan cerita ye...












ini lah beberapa gambar yang sempat kami ambil.

Sunday, February 13, 2011

Bangunan mesra alam

MENARA TAIWAN... di Taichung, Taiwan, pelantar pemerhati berisi gas helium dibina di luar menara dan kerja membangunkannya akan dimulakan tahun depan. Bangunan diilhamkan daripada bentuk pokok ini menggunakan tenaga solar dan air hujan yang dirawat. Bakal menempatkan pejabat, restoran, muzium.

MENARA LONDON... turut dikenali sebagai The Shard dijangka siap tahun depan. Pada ketinggian 305 meter, ia menjadi menara tertinggi di Eropah dan menempatkan ruang pejabat, kediaman, restoran dan hotel.

KAPSUL KONSEP... binaan Seascraper (atas) dibentuk untuk menahan arus kuat bagi mendapatkan sumber tenaga secara percuma, manakala Gyre (bawah) adalah menara akuatik yang mampu terapung di lautan. Ia boleh dijadikan pusat pelancongan atau stesen penyelidikan.

TOKYO MASA DEPAN... cadangan pembinaan Piramid Bandar Mega Shimizu belum menjadi kenyataan kerana bahan binaan ringan untuk diapungkan di Teluk Tokyo belum berjaya dicipta.

UNTUK PIALA DUNIA... Stadium al-Khor di Qatar akan menjadi lokasi pertandingan Piala Dunia 2022, menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan penyaman udara bagi memastikan suhu berada di bawah 26° Celsius.

STADIUM HIJAU... Stadium Olimpik Sochi di Russia direka bentuk seperti cengkerang dengan dinding dan bumbung menggunakan bahan yang mampu ditembusi cahaya pada siang dan diterangi lampu ketika malam. Ia akan digunakan pada 2014.

REKA BENTUK MENARIK... di Paris, Perancis, pentadbir bandar raya itu mula membina bangunan tertentu supaya kediaman menjadi menarik walaupun tidak dibina di pinggir bandar.

BERKEMILAU... Masdar City di Abu Dhabi akan dibuka sepenuhnya pada 2020 dan tiada kereta dibenarkan di sini, manakala hampir semua airnya dikitar semula.

sumber: hmetro