Labels

Sunday, February 13, 2011

Bangunan mesra alam

MENARA TAIWAN... di Taichung, Taiwan, pelantar pemerhati berisi gas helium dibina di luar menara dan kerja membangunkannya akan dimulakan tahun depan. Bangunan diilhamkan daripada bentuk pokok ini menggunakan tenaga solar dan air hujan yang dirawat. Bakal menempatkan pejabat, restoran, muzium.

MENARA LONDON... turut dikenali sebagai The Shard dijangka siap tahun depan. Pada ketinggian 305 meter, ia menjadi menara tertinggi di Eropah dan menempatkan ruang pejabat, kediaman, restoran dan hotel.

KAPSUL KONSEP... binaan Seascraper (atas) dibentuk untuk menahan arus kuat bagi mendapatkan sumber tenaga secara percuma, manakala Gyre (bawah) adalah menara akuatik yang mampu terapung di lautan. Ia boleh dijadikan pusat pelancongan atau stesen penyelidikan.

TOKYO MASA DEPAN... cadangan pembinaan Piramid Bandar Mega Shimizu belum menjadi kenyataan kerana bahan binaan ringan untuk diapungkan di Teluk Tokyo belum berjaya dicipta.

UNTUK PIALA DUNIA... Stadium al-Khor di Qatar akan menjadi lokasi pertandingan Piala Dunia 2022, menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan penyaman udara bagi memastikan suhu berada di bawah 26° Celsius.

STADIUM HIJAU... Stadium Olimpik Sochi di Russia direka bentuk seperti cengkerang dengan dinding dan bumbung menggunakan bahan yang mampu ditembusi cahaya pada siang dan diterangi lampu ketika malam. Ia akan digunakan pada 2014.

REKA BENTUK MENARIK... di Paris, Perancis, pentadbir bandar raya itu mula membina bangunan tertentu supaya kediaman menjadi menarik walaupun tidak dibina di pinggir bandar.

BERKEMILAU... Masdar City di Abu Dhabi akan dibuka sepenuhnya pada 2020 dan tiada kereta dibenarkan di sini, manakala hampir semua airnya dikitar semula.

sumber: hmetro

Friday, February 11, 2011

mengasyikan, dan akhirnya memedihkan



Asyik... asyik... asyik 

Asyik... asyiknya bercinta 
Seakan dunia milik kita berdua 
Satukan rasa 
Asyik... asyik... asyik 
Asyik... asyiknya bercinta 
Saling melepas rindu didada, antara kita ........


apa plak asyik2 bercinta nie.......
salah tempat nak bercinta tu........
apa yg asyiknya aku maksudkan nie adalah time kelas........
walaupun ianya meng'asyikan, tapi ianya beri kesan yang memedihakan.......

malam tadi aku ada kelas kimpalan untuk subjek tumpuan aku......
memang asyik dan syoklah buat kimpalan nie......
walaupun aku taklah berapa mahir........
dah kira minggu ke-3 dah taklah mahir2.......
aku memang respectlah kat org yg menceburi bidang2 begini........
nasiblah kita org just belajar basic je......

nak tahu apa lagi yang asyiknya.......
memang bestlah......
buat kimpalan besi nie......
cahaya dan percikan api dia tu......
perghhh.......
memedihkan mata.......

cahaya ataupun sinaran kimpalan ini amat membahayakan sekiranya dipandang secara terus.....
oleh itu untuk membuat kimpalan pelindung muka dan pelindung mata perlu digunakan......
sarung tangan kulit ataupun glove juga perlu dipakai......
gunakan jaket tebal ataupun appron ketika membuat kimpalan......
sinaran dan percikan api daripada kimpalan boleh membahayakan dan merosakkan mata kita.......
oleh itu gunakanlah kelengkapan keselamatan semasa membuat kimpalan ataupun di dalam bengkel....

apa yg memedihkannya ialah.......
mata aku yang pedih.....
glerlah, silau mata aku dibuatnya.......
bila bangun tdo pagi tu......pedih je mata,
malah kawan2 aku yg lain samapai bengkak mata dia.......
hahahaha.....

inilah beberapa aksi kami semasa didalam kelas......
gaya tu dah ada kena asah lagi skill tu...
mula2 tu memanglahkan......
kita budak baru belajar.....















Monday, February 7, 2011

koma semalaman


alhamdulillah.....
syukur laptop aku hidup kembali selepas semalam ianya mengalami sindrom.....
semalam keadaan nya amat tenat sampai tak bileh nak on pun.....
pelbagai doktor pakar aku jumpa.....
nie pasal nak tunjuk hebatlah nie.....
install benda apa entah di internet semalam......
pastok sistem down.....
kesian kat laptop aku......

semalaman dia koma......
boleh nak selamatkan tapi memandangkan peralatan  tiada iaitu cd windows......
tengah tadi baru dia hidup kembali......
setelah aku meminjam cd windows nak format balik.....
selamat dah dia.....
pasnie nak jaga2 baik2 lah dia nie....
sian dia....
hahaha.....
merepek je....