Labels

Wednesday, November 17, 2010

dahului tanggungjawab, pelajaran

"Sebagai guru, amanah mendidik anak bangsa sangat besar manakala mahasiswa pula sebagai penerus kesinambungan negara pada masa depan"
petikan artikel daripada hmetro.com.my:


ISU sama ada warga pendidik di sekolah dan mahasiswa di kampus dibenarkan berpolitik masih tergantung tanpa jawapan menyebabkan ramai tertanya-tanya, apakah kesudahannya.
Tanpa penerangan jelas dan kebenaran hitam putih, pendidik serta mahasiswa seperti tidak diberi kebebasan mutlak membabitkan diri dalam senario politik tanah air sehingga mewujudkan pelbagai prasangka. Meskipun penyertaan dalam politik mampu mewujud dan memperluaskan amalan demokrasi, sekatan berkenaan umpama 'membunuh' masa depan barisan cerdik pandai.

Persoalannya, apakah ditakutkan pihak tertentu hingga warga pendidik dan mahasiswa menjadi mangsa keadaan? Ketua Jabatan Sains Politik, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tuanku Mohar Tuanku Mohd Mokhtar, berkata larangan berpolitik tidak terhad kepada kumpulan tertentu malah boleh membabitkan diri dengan syarat tidak melampaui batas.

Beliau berkata, politik hak mutlak warganegara dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan, justeru tidak timbul isu ada golongan dipinggirkan atau tidak.

"Isunya ialah tanggungjawab sebagai warganegara yang berhak berpolitik dan memilih sesiapa dikehendaki sebagai pemimpin.


"Mungkin segelintir dikenakan sekatan tertentu kerana takut mendatangkan masalah, namun itu tidak bermakna mereka disekat daripada mengambil tahu atau terbabit dalam politik.




"Penting caranya, jangan terlalu ekstrem hingga menakutkan orang lain. Inilah yang menyebabkan politik dipandang serong hingga mengakibatkan ada pihak tidak dibenar terbabit," katanya.

Kekangan terhadap guru dan mahasiswa daripada terbabit dalam politik bukan isu baru yang melanda sektor pendidikan negara hingga menimbulkan pertelingkahan dan perbezaan pendapat ramai pihak.


Mahasiswa terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU ) sementara guru hanya berjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 ke atas saja dibenarkan terbabit dengan alasan profesionalisme.

Beliau berkata, masyarakat perlu melihatnya dalam konteks luas kerana politik bersifat universal, mempunyai perbezaan pengertian serta boleh mencetuskan perubahan ketara dalam organisasi.


Kebenaran serta larangan, katanya, mempunyai signifikasi tertentu kepada golongan sasaran selain boleh mempengaruhi corak keputusan atau menimbulkan reaksi berbeza, justeru perlu dilaksanakan mengikut piawaian munasabah bagi kebaikan bersama.


Politik juga medium penyebaran ilmu yang perlu digembleng secara bijaksana agar tidak menggugat keamanan masyarakat.


"Meskipun politik sifatnya universal, pelbagai kemungkinan boleh berlaku hingga mampu menjejaskan kestabilan, keselamatan atau keharmonian. Oleh itu, kekangan tertentu perlu ada.


"Pihak pentadbir sudah tentu mempunyai alasan tersendiri, masyarakat perlu akur. Malangnya ada suka bersikap 'tunjuk pandai', sering protes dan mempersoalkannya dengan tanggapan ia mengongkong hak bersuara.


"Saya percaya, setiap dilakukan ada alasan munasabah. Kadangkala kita perlu berlapang dada selain percaya apa dilakukan mempunyai kebaikannya sendiri. Janganlah asyik membangkang atau mengungkit," katanya.


"Sebagai guru, amanah mendidik anak bangsa sangat besar manakala mahasiswa pula sebagai penerus kesinambungan negara pada masa depan.


Lebih baik fokus pada tanggungjawab itu daripada terus 'berjuang' untuk politik.


"Tapi ini bukan bermakna tidak peduli mengenai perkembangan politik tanah air kerana itu akan menyebabkan ketinggalan. Biarlah bersederhana dan tidak mengenepikan tanggungjawab sebenar," katanya.


Menyifatkan senario sedia ada memerlukan kajian lebih mendalam, beliau berkata secara asasnya, seseorang yang berkelayakan wajar diberi peluang asalkan tidak membawa kemudaratan.


"Cuma pastikan keadaan terkawal selain mengekalkan fungsi menara gading dan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu, jangan sampai merencatkan sistem pendidikan atau membenarkan orang lain mengambil kesempatan," katanya.



bila dah blur

bila otak dah blur nak jawab soalan math.....
nielah jadinya.....
math campur ngan kreativiti.......
hasilnya......

nokia E63 vs sony ericsson W660i


     vs

nak kongsi sikitlah pasal pengalaman guna dua tepon nie.....
sony nie aku beli tahun 2008 dan nokia nie aku beli baru lagi.......
nak banding dari segi harga sony tu time aku beli dulu sama harga ngan nokia nie.....
kalau beli sekarang memanglah murah....separuh harga dari time aku beli dulu.......
dari segi kelebihan function nie memanglah nokia nie advance sikit dari sony nie.....
jauh beza dia......
tapi aku sayang kat sony, coz body dia kecil.....dia punya sound tu memang powerlah....
ada 3g lagitu.....

memang smartlah......
bila dah peredaran zaman katakan...
tekbologi mula menguasai minda dan nafsu.....
teringin plak nak beli nokia nie......
minat tu coz bentuk lebih kurang ala2 blackberry....
taulah xmampu nak beli blackberry nie kan.....
kalau blueberry tu bolehlah tapi fikir seratus kali dulu.....
nokia nie punya function nie memang bestlah....ada wifi, cam mahal plak tu....hehehe
xrugilah aku beli benda nie......
alah membeli menang memakai katakan.......
time nak beli nokia nie terpaksalah aku korbankan sony aku nie.....
walaupun banyak berjasa ngan aku.......
huhuhu.....

member aku untunglah aku bagi dia murah.....
hahahaha....
tu je....saja nak cter sal tepon nie.......
kalau korang ada gak tepon sama cam aku tu meh la kongsi2 sikit.....