Labels

Tuesday, November 16, 2010

Kenapa Rokok???


Dalam banyak-banyak benda kat dunia nie kenapa mesti rokok????
Sedap sangat ke rokok sampai berpuluh-puluh hangus begitu sahaja dalam masa sehari???
Banyak lagi benda yang sedap kat dunia nie rokok juga dia nak....
kau tahu tak kau hisap aku pun dpt efek sebab bau rokok kau???
kau nak mati awal ke hisap rokok nie????

lebih kurang camnie setiap org ckp bila nampak perokok nie....
dia org xfaham apa itu rokok....
hanya kitaorg je tahu....
huhuhuhu...
cuba bagi diaorg....
nak ke tak???

sememangnya rokok nie membahayakan kesihatan....
tidak dapat dinafikan dan disangkal kebenaran ini......
korang tau tak apa yg terkandung dalam rokok nie....
nie haa.....
hari2 sedut benda nie....

Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia 
 Metanol Bahan Api
 Nitrobenzena Gasolin
 Karbon Monoksida Asap kereta
 Butana Cecair pemetik api
 Raksa Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida Bahan utama plastik
 Toulena Pelarut industri
 Ammonia Pencuci lantai
 Arsenik Racun tikus
 Kadmium Bahan utama bateri alkali
 Stearik Bahan utama dalam lilin
 Sianida Racun berbisa


banyak efek merokok nie.....
tapi benda nie tetap gak jadi pujaan ramai....
hinggakan ada yang sanggup berkikis wang nak beli sebatang rokok....
hahaha.....
aku bukan nak mengata....
tapi sebagai peringatan sendiri juga.....
fikir-fikirkan dan selamat beramal.....



Hari Raya Korban


Hari Raya Korban juga dikenali sebagai Hari Raya haji dan disebut juga sebagai 'IDUL ADHA'. Semasa Hari Raya Haji ummat Islam Yang berkemampuan akan menyembelih korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin. Hari Raya Haji adalah ekoran daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan dilanjutkan oleh ummat Islam untuk meringankan beban mereka yang susah. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: 
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28) 

Monday, November 15, 2010

Sistem Pemeliharaan Kambing Pedaging

Di malaysia beberapa sistem pemeliharaan kambing yang dipraktikkan adalah:

  • sistem berkurung (intensif)
  • sistem separa berkurung (semi-insentif)
  • sistem ragut lepas

1.Sistem berkurung
kambing yang diternak menggunakan sistem ini tidak dibebaskan unutk meragut. oleh itu ianya memerlukan perumahan/kandang yang baik dan sempurna. kambing-kambing ini akan diberikan minum dan makan oleh penternak. garam jilat juga disediakan dalam kandang ini. sistem ini tidak memerlukan penternak untuk memiliki kawasan ragut. sistem ini memerlukan pencucian kandang yang kerap agar kandang sentiasa kering dan bersih. ini juga bagi mengelakkan penyakit dan mengurangkan bau. kebaikan sistem ini kambing-kambing amat mudah untuk diawasi bagi tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

2.Sistem separa berkurung.
Sistem pemeliharaan ini memerlukan kambing-kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung pada malam harinya. Sistem ini memberikan kebaikan kepada kambing-kambing untuk meragut rumput pada siang dan memberikan pelinduungan kepada kambing malamnya. kambing-kambing ini juga bebas meragut rumput dan memberi kesempatan kepada kambing-kambing untuk mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Kambing-kambing juga akan kurang tekanan berbanding hanya diternak didalam kandang.

3. Sistem ragut bebas
sistem ini memerlukan penternak memiliki kawasan ragut yang luas. kambing-kambing ini akan dibiarkan bebas samaada siang ataupun malam dan tidak disimpan didalam kandang. sistem ini kurang efisien kerana ternakan berkemungkinan akan terlepas dan menggangu tanaman jiran. kambing-kambing juga mungkin terdedah kepada bahaya seperti haiwan buas dan dilanggar kenderaan. sistem ini tidak memerlukan kos yang tinggi. sistem ini amat rumit kerana ternakan hendaklah diawasi setiap masa.