Model merupakan gambaran konseptual yang digunakan untuk menjelaskan hubungan diantara aktiviti dengan elemen-elemen lain yang berkaitan (Razali, 1987). Boleh disimpulkan terdapat pelbagai model yang boleh digunakan sebagai panduan dalam penilaian sesuatu program ataupun kurikulum seperti model Johnson dan model CIPP.
Proses untuk menentukan model yang digunakan dalam membuat penilaian adalah satu proses yang rumit, model penilaian yang baik adalah model yang bersesuaian dengan kehendak penilai, matlamat dan tujuan penilaian itu dijalankan. Pada hakikatnya tidak terdapat satu model penilaian yang dapat menilai masalah dengan tepat. Model yang dipilih biasanya disesuaikan dengan tujuan penilaian dan berkait rapat dengan soalan, organisasi dan fokus kajian.
Dalam penilaian kurikulum ptv salah satu model penilaian yang agak popular dan sering digunakan adalah model CIPP yang telah diperkenalkan oleh Stufflebeam et al (1971). CIPP merupakan singkatan kata bagi Context, Input, Prosess, dan Product. Menurut Stufflebeam, untuk menilai dan membuat keputusan yang berkesan, perancang kurikulum hendaklah mengambil kira tentang konteks, input, proses dan produk.
Stufflebeam & Shinkfield (1985) telah memperkemaskan dan memperbaiki takrifan penilaian yang lebih formal iaitu proses menggambarkan, memperolehi dan mengaplikasi maklumat deskriptif dan penghakiman, berkaitan merit sesetengah objek seperti yang diperlihatkan oleh tujuan, reka bentuk, implementasi dan keputusan untuk tujuan membuat keputusan dan akauntabiliti dan menggalakkan pemahaman terhadap fenomena terlibat. Takrifan ini menjelaskan model ini mentakrifkan penilaian kepada tiga tujuan iaitu sebagai panduan untuk membuat keputusan, memberikan rekod dan akauntabiliti, mempertingkatkan pemahaman kepada fenomena terlibat.
Berdasarkan Stufflebeam dan Shinkfield (1985), penilaian tidak boleh digambarkan sebagai satu acara tetapi sebagai satu proses dan menjelaskan bahawa proses itu melibatkan tiga langkah utama iaitu, untuk menggambarkan, memperolehi dan menyediakan maklumat. Konsep penilaian yang dikemukakan ialah bahawa penilaian seharusnya menjadi 'sains pengumpulam maklumat untuk membuat keputusan'. Mengikut pendekatan ini, penilaian terhadap sesuatu program pendidikan berkaitan dengan menilai merit matlamat, kualiti perancangannya, setakat mana perancangan itu dilaksanakan dan menilai hasilnya. Pendekatan ini jelas memberi penekanan bahawa penilaian sepatutnya digunakan secara proaktif untuk penambahbaikan sesuatu program dan juga secara retroaktif iaitu bertujuan menyumbang kepada akauntabiliti (Stufflebeam et.al.1971). Stufflebeam et.al. (1971) menyatakan bahawa terdapat empat aspek penilaian yang terdiri daripada penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk.
Model CIPP yang digunakan dalam penilaian kurikulum oleh finch dan Bjorkquist (1977)
Penilaian menerusi dimensi konteks.
Penilaian konteks adalah tertumpu kepada persekitaran iaitu berdasarkan perubahan yang berlaku dan masalah yang akan dihadapi. Penilaian ini menjadi sumber maklumat kepada penilaian input, proses dan produk. Funsinya adalah sama ada untuk meneruskan ataupun membaiki sesuatu program atau kurikulum. Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan keseimbangan persekitaran dalam membantu menentukan fokus, pencapaian matlamat dan objektif program.
Penilaian menerusi dimensi input
Penilaian input tertumpu kepada penentuan sumber dan strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat dan objektif. Penilaian ini digunakan bagi menilai sesuatu program yang sudah ada ataupun mewujudkan program yang baru. Untuk penilaian program yang baru penilaian input membangkitkan soalan seperti apakah jenis sumber yang diperlukan?. Penilaian kontek dan input dapat membantu dalam menilai kewajaran sesuatu sumber sama ada realistik ataupun tidak dalam bentuk kontek, keobjektifan dan tugas. Penilaian dibuat berdasarkan kamampuan input dapat memenuhi objektif program berdasarkan kerangka kerja sesuatu program itu. Berdasarkan ini penilaian input dan konteks sangat berguna untuk petunjuk bagi membaiki sesuatu program. Ini akan melibatkan pertukaran input untuk mencapai objektif dan matlamat atau menukarkan objektif apabila input tidak mencukupi. pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual waktu, peruntukan kewangan, latihan dan sokongan pengetua.
Penilaian menerusi dimensi proses
Penilaian proses digunakan untuk menilai operasi sesuatu program, proses dan prosedur program tersebut. Kegagalan untuk menilai penilaian proses akan menyebabkan ketidaktepatan untuk membuat kesimpulan terhadap sesuatu program yang dilaksanakan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program.
Penilaian menerusi dimensi produk
Penilaian ini memfokuskan kepada kewajaran objektif program yang dapat dipenuhi, penilaian ini lebih tertumpu kepada hasil program setelah ianya tamat dilaksanakan. Ianya juga akan mendedahkan kekuatan dan kelemahan variabel-variabel yang terkandung dalam dimensi konteks, input dan proses.
RUJUKAN:
KPP 301 00 PERANCANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIOANAL, 2002. UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA